Pedagang barang kemas Lebanon saman Rosmah, Berita Dunia - BeritaHarian.sg
Subuh
5:30
Syuruk
6:53
Zuhur
12:56
Asar
4:19
Maghrib
6:56
Isyak
8:10
Suatu Ketika di Singapura
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia0

Pedagang barang kemas Lebanon saman Rosmah

Jul 11, 2018 | 05:30 AM

PETALING JAYA: Kerajaan Malaysia berkata semalam bahawa ia telah memohon mencelah dalam tuntutan mahkamah yang difailkan oleh sebuah syarikat penjual barang kemas Lebanon terhadap isteri mantan perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Datin Seri Rosmah Mansor.

Syarikat Global Royalty Trading SAL yang berpangkalan di Beirut menamakan Datin Rosmah sebagai defendan tunggal dalam tuntutan mahkamah yang difailkannya bulan lalu, yang bertujuan mendapatkan semula atau mendapatkan bayaran 44 keping barang kemas bernilai kira-kira AS$14.8 juta ($20 juta) yang didakwa dihantar kepada Datin Rosmah awal tahun ini.

Barang-barang kemas itu kemudian disita oleh polis Malaysia semasa beberapa serbuan Mei lalu.

Peguam Kanan Persekutuan S. Narkunavathy memberitahu pemberita bahawa Jabatan Peguam Negara akan memohon untuk menjadi pencelah atas alasan barang kemas itu didakwa dibeli daripada wang curi.

Beliau berkata selepas bertemu Penolong Pendaftar Kanan Mahkamah Tinggi Siti Faraziana Zainuddin di dalam kamar, mahkamah mengarahkan Datin Rosmah memfailkan pembelaannya pada 23 Julai.

Halal Home Based Business
Savour The Flavour by Chef Im

Savour The Flavour ingin menyajikan makanan yang berkualiti...

Ms Lid's Packed Bento

Set bento untuk sumbangan atau delivery ke rumah

Uncle Big's Kitchen

Shellout Platter Besar...dan banyak lagi!

Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Kes itu akan didengar lagi pada 27 Julai, katanya.

Global Royalty Trading SAL memfailkan saman terhadap Datin Rosmah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 26 Jun melalui firma undang-undang David Gurupatham dan Koay.

Dalam kenyataan tuntutannya, syarikat itu berkata Datin Rosmah "pelanggan lama plaintif".

Ia mendakwa bahawa barang kemas itu dihantar secara konsainan kepada Datin Rosmah atas permintaannya. Beliau kemudian akan menilai dan membeli barang kemas itu bagi dirinya sendiri atau melalui pihak ketiga.

Syarikat itu berkata Datin Rosmah akan memulangkan baki konsainan yang tidak dipilih olehnya.

Syarikat itu mendakwa Datin Rosmah juga akan meminjam beberapa barang kemas dan kemudian memulangkannya kepada syarikat itu.

Ia berkata pada 10 Februari lalu, melalui memorandum penghantaran, ejen jualannya menyerahkan 44 keping barang kemas bernilai kira-kira RM59.8 juta ($20 juta).

Menurutnya, antara barang kemas itu termasuk cincin berlian bernilai AS$925,000; dua utas kalung berlian mewah dan anting-anting bernilai AS$670,000; dan seutas kalung berlian mewah dan anting-anting bernilai AS$586,000.

Ia mendakwa bahawa Datin Rosmah mengesahkan dan mengakui menerima barang-barang kemas itu melalui surat bertarikh 22 Mei.

Syarikat itu juga berkata Datin Rosmah mengesahkan secara bertulis bahawa barang-barang kemas tersebut tidak lagi dalam miliknya tetapi telah dimeterai dan berada di bawah jagaan pihak berkuasa Malaysia.

Syarikat itu kini memohon perintah bahawa Datin Rosmah mengesahkan senarai barang yang dimeterai itu dan perintah mandatori bagi pemulangan barang-barang kemas itu.

Sebagai alternatif, syarikat itu berkata jika barang-barang kemas atau sembarang barang tidak dapat dituntut oleh plaintif, Datin Rosmah bertanggungjawab membayar balik kos barang-barang tersebut.

Polis Malaysia bulan lalu berkata barangan bernilai lebih RM1 bilion dirampas dalam serbuan ke atas enam premis yang dikaitkan dengan Datuk Najib, sebagai sebahagian daripada siasatan ke atas dana kerajaan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Datuk Najib Rabu lalu mengaku tidak bersalah terhadap tiga tuduhan pecah amanah jenayah dan satu tuduhan salah guna kuasa melibatkan RM42 juta yang dikaitkan dengan SRC International Sdn Bhd, bekas anak syarikat 1MDB. - BH Online, Utusan Online.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map