Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pedofil Britain dihukum penjara seumur hidup

Jun 07, 2016 | 10:03 AM



LONDON: Seorang pedofil (pelaku pedofilia, atau hubungan seks dengan kanak-kanak) Britain yang menjadikan kanak-kanak Kristian di sebuah kawasan miskin di Kuala Lumpur mangsanya dijatuhi hukuman penjara seumur hidup pada Isnin (6 Jun).



Hakim Peter Rook menjatuhkan ke atas Richard Huckle sebanyak 22 hukuman penjara seumur hidup yang akan dijalankan serentak selepas dia mengaku bersalah terhadap 71 pertuduhan kesalahan seks kanak-kanak.



Huckle, 30 tahun, tidak menunjukkan sembarang perasaan semasa hukuman diisytihar.



Seorang wanita di galeri awam melonjak dan memekik "seribu kematian pun terlalu baik untuk kau" semasa Huckle dibawa keluar mahkamah.



Huckle telah menghabiskan 488 hari dalam penjara, jadi dia akan meringkuk lebih 23 tahun lagi di penjara sebelum lembaga parol boleh menimbangkan pembebasannya.



Antara kesalahan yang diakuinya ialah 22 pertuduhan rogol terhadap kanak-kanak yang dia persiapkan untuk seks semasa menyamar sebagai sukarelawan yang bekerjasama dengan masyarakat Kristian di Kuala Lumpur.



Hukuman itu menjadi berita utama di Malaysia dan dalam sebuah masyarakat di Kuala Lumpur yang sering dikunjungi Huckle, ia dianggap adil.



Seorang pemimpin masyarakat itu, Encik Sunderam Vadivelu, berkata Huckle sering mengunjungi masyarakat tersebut, yang merupakan sebuah petempatan bagi keluarga miskin yang disesarkan oleh projek pembinaan di bandar.



Huckle memuat naik gambar kanak-kanak lelaki dan perempuan yang dicabulinya di laman web True Love Zone (TLZ), dengan mangsa termuda dipercayai berusia enam bulan.



Dia akhirnya terjerat oleh penyiasatan Australia ke atas laman web itu dan ditangkap polis Britain di Lapangan Terbang Gatwick di London pada Disember 2014, apabila dia pulang dari Malaysia untuk menyambut Krismas bersama ibu bapanya.



Semasa ditangkap, Huckle membawa komputer dan kamera sulit mengandungi lebih 20,000 imej penderaan seks kanak-kanak.



Lebih 1,000 daripada imej itu menunjukkan dia sedang melakukan kesalahan, termasuk rogol.



Mahkamah diberitahu bahawa Huckle telah menulis sebuah buku panduan penderaan kanak-kanak yang dia mahu terbitkan untuk mendapatkan keuntungan.



Hakim Rook memetik satu "tukilan menakutkan" daripada buku panduan itu, di mana Huckle berkata "kanak-kanak miskin sudah tentu lebih mudah digoda daripada kanak-kanak kelas pertengahan Barat". - AFP, Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >