Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pegawai antirasuah kanan M'sia bersara awal dek kecewa berkaitan kes dana negara

Jan 04, 2017 | 09:48 AM



PUTRAJAYA: Seorang pegawai kanan agensi antirasuah Malaysia memilih bersara awal, dan memberitahu media tempatan beliau kecewa kes yang didakwa melibatkan kerugian dana kerajaan tidak dibawa ke mahkamah.



Datuk Bahri Mohd Zin pengarah di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menyiasat syarikat dana negara SRC International berkaitan dakwaan RM42 juta ($13.5 juta) daripada wangnya masuk ke akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.



Namun, seorang menteri Kabinet berkata pada Selasa (3 Jan) bukan semua siasatan SPRM berakhir di mahkamah, dan jika dibawa ke mahkamah pun, tidak semua kes berakhir dengan sabitan.



Datuk Bahri, 58 tahun, memberitahu laman web berita Malaysiakini dan Free Malaysia Today (FMT) beliau memilih bersara awal pada 16 Dis, bukan dua tahun kemudian menurut jadual, ekoran kes SRC.



"Saya bukan sahaja kecewa, tetapi saya juga berasa berdosa kepada 30 juta rakyat Malaysia apabila kes SRC tidak dapat dibawa ke mahkamah," katanya kepada FMT.



Secara berasingan, beliau berkata kepada Malaysiakini: "Terlalu banyak wang hilang. Saya tidak harus berkhidmat dalam undang-undang yang bak sarang laba-laba."



Apabila ditanya apa yang dimaksudkannya, beliau berkata ia merujuk kepada undang-undang yang menghukum pesalah kecil tetapi membenarkan pesalah lebih besar melarikan diri. Beliau enggan mengulas lanjut.



Perdana Menteri Datuk Seri Najib berkata beliau tidak mengetahui tentang sembarang dana SRC dalam akaunnya. Tahun lalu, Peguam Negara Mohamed Apandi Ali membersihkan nama Datuk Seri Najib dalam kes SRC.



Memberi respons kepada dakwaan Datuk Bahri itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdul Rahman Dahlan, memberitahu FMT: "Tugas SPRM ialah menyiasat, tetapi ini tidak bermakna ia akan membawa kepada suatu pendakwaan.



"Jika Peguam Negara menyatakan tidak ada merit untuk kes itu dibawa ke mahkamah, maka kita perlu percaya ia memutuskannya berdasarkan fakta yang dikemukakan kepadanya."



Seperti 1Malaysia Development Bhd, SRC ialah dana negara yang ditubuhkan untuk pelaburan strategik tetapi terlibat dalam dakwaan mengenai kehilangan dana.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >