KOTA KINABALU (Sabah): Seorang pegawai kanan polis dihukum penjara 80 tahun dan dikenakan sebatan 15 kali setelah Mahkamah Sesyen di sini hari ini mendapati tertuduh bersalah atas lima pertuduhan merogol serta meliwat seorang gadis, tiga tahun lalu.
Timbalan Superintenden Rohaizat Abd. Ani, 56 tahun, yang merupakan bekas Ketua Unit Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Kontinjen Sabah dituduh merogol serta meliwat remaja yang ketika kejadian berusia 13 tahun antara 1 Februari dan 6 Mei 2012. - Utusan Online