Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pegawai Korea Selatan: Singapura dan Vietnam disenaraipendek jadi tuan rumah sidang Trump-Kim kedua

Jan 11, 2019 | 05:07 PM



SINGAPURA dan Vietnam mungkin disenaraipendekan untuk menjadi tuan rumah sidang puncak kedua antara pemimpin Korea Utara Kim Jong Un dan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump, kata pegawai Kementerian Luar Korea Selatan kelmarin.



“(Tempat yang anda perlu perhatikan) ialah yang disebut oleh media termasuk Vietnam, Singapura dan Hawaii,” kata seorang pegawai kementerian dengan syarat namanya tidak disiarkan, lapoar akhbar Korea Herald.



“Tetapi Hawaii dikatakan lokasi tidak realistik, kerana ia tidak mempunyai kedutaan Korea Utara di sana,” kata pegawai lain.



Tempat yang akan dipilih bagi pertemuan seterusnya menarik perhatian, terutama selepas Presiden Korea Selatan Moon Jae-in berkata kelmarin bahawa sidang puncak itu akan berlangsung tidak lama lagi. 



Encik Trump berkata Ahad lalu bahawa Amerika sedang “merundingkan lokasi” dan beliau menjangka sidang puncak itu akan berlangsung pada bulan ini atau Februari.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >