Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pegawai polis Indonesia mati akibat terbakar dalam penunjuk perasaan pelajar

Aug 26, 2019 | 08:31 PM



JAKARTA - SEORANG pegawai polis Indonesia yang cedera ketika berhadapan dengan bantahan baru-baru ini di Cianjur, Jawa Barat, meninggal dunia pada Isnin (26 Ogos), selang beberapa hari di bawah jagaan rapi.


Pegawai Polis Cianjur, Inspektur Kedua Erwin Yudha Wildani meninggal dunia di Hospital Pertamina Central Jakarta, tempat beliau dirawat setelah beliau dituang gasolin dengan tidak sengaja dan dibakar semasa bantahan itu.


Keadaan Encik Erwin dilaporkan semakin teruk sejak Ahad, sebahagiannya disebabkan oleh komplikasi daripada peningkatan kadar gula darah dan kadar hemoglobin rendah.


Encik Erwin merupakan antara empat pegawai polis yang cedera semasa mengawal bantahan oleh pelajar universiti di Cianjur pada 15 Ogos lalu.


Para penunjuk perasaan menuntut untuk bertemu dengan anggota dewan kota, tetapi pihak itu menolaknya. Akibatnya, mereka menghalang Jalan Siliwangi dan membakar tayar di jalanan.


Seorang penunjuk perasaan tertuang gasolin pada Encik Erwin dan tiga pegawai lain yang segera terbakar.


Encik Erwin cedera teruk dengan 80 peratus tubuhnya terbakar, manakala pegawai lain mengalami kecederaan kebakaran sekitar 40 peratus tubuh mereka.


Tiga suspek pelajar, termasuk seorang pelajar berusia 19 tahun, telah dinamakan. -Agensi Berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >