ANKARA: Pentadbiran Trump menghantar pegawai tertingginya ke Turkey kelmarin untuk mengadakan perbincangan kecemasan bagi cuba meyakinkan Ankara agar menghentikan serangan di utara Syria sedang tentera Russia memasuki wilayah yang ditinggalkan oleh Washington yang undur secara mengejut.
Robert O'Brien, penasihat keselamatan negara Rumah Putih sejak bulan lalu, tiba di Turkey dengan tujuan menemui Menteri Luar, Encik Mevlut Cavusoglu, kelmarin.