Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

TEKANAN DI SEMPADAN RUSSIA-UKRAINE

Pegawai tinggi Russia usul hantar 'senjata tertentu'

Jan 28, 2022 | 05:30 AM



MOSCOW: Seorang pegawai tinggi Russia telah menyarankan agar negara itu menghantar "senjata tertentu" kepada kumpulan pemisah yang disokongnya di wilayah Donbas, Ukraine, menandakan potensi peningkatan ketegangan antara pihak Ukraine dengan Barat.



Cadangan itu datang daripada Encik Andrey Turchak, seorang pegawai parti pemerintah pro-Kremlin yang juga ahli kanan Senat.



Russia telah menyokong kumpulan pemisah sejak konflik pertama tercetus pada 2014 tetapi menafikan dakwaan Ukraine dan Barat bahawa ia memberi sokongan ketenteraan.



Sebilangan pegawai Russia telah meningkatkan tuduhan dalam beberapa minggu lalu bahawa Kyiv merancang merebut semula wilayah yang dikuasai kumpulan tersebut secara kekerasan, sesuatu yang dinafikan Ukraine.



Penggubal undang-undang di Parlimen Russia juga telah mencadangkan negara itu mengiktiraf secara rasmi wilayah tersebut, yang sekali gus akan memusnahkan usaha diplomatik yang telah lama dijalankan untuk menyepadukan wilayah itu ke dalam Ukraine, yang dikenali sebagai perjanjian Minsk.



Namun, cadangan tersebut belum dijadualkan secara rasmi untuk dibincangkan.



Menteri Luar Russia, Encik Sergei Lavrov, pula mengulangi komitmen pihaknya terhadap perjanjian Minsk apabila ditanya tentang kemungkinan penghantaran senjata itu, tetapi beliau tidak secara khusus menangani cadangan Encik Turchak atau penggubal undang-undang Russia itu.



Membekal senjata secara terbuka kepada kumpulan pemisah di Ukraine akan menjejas dakwaan Russia bahawa ia tidak berperanan dalam konflik itu.



Seorang pegawai kanan Kremlin kemudiannya menolak kenyataan Encik Turchak.



Encik Dmitry Kozak, pembantu kepada Presiden Russia, Encik Vladimir Putin, dan perunding utama mengenai Ukraine, berkata Encik Turchak tidak mendapatkan nasihat sebelum membuat ulasannya.



Russia telah mengeluarkan lebih 500,000 pasport kepada penduduk wilayah pemisah itu sejak 2014 dan Encik Lavrov mengulangi ikrar untuk mempertahankan mereka jika mereka diserang.



Pertempuran di kawasan itu telah membunuh lebih 14,000 orang sejak 2014, menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).



Encik Turchak memetik apa yang didakwanya sebagai usaha Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) untuk melatih dan mempersenjatai tentera Ukraine, bersamaan dengan serangan berterusan dan korban awam di sepanjang barisan hadapan dengan puak pemisah, sebagai mewajarkan keperluan membekal senjata tambahan.



Pada masa sama, Perkhidmatan Keselamatan Ukraine menyatakan bahawa ia telah menemui bukti baru penghantaran senjata kepada kumpulan pemisah dari Russia, termasuk periuk api, mortar dan bahan letupan. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >