Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Peguam cabar penahanan ketua Bersih Maria Chin

Nov 23, 2016 | 09:47 AM



KUALA LUMPUR: Peguam pemimpin kumpulan Bersih yang ditahan, Cik Maria Chin Abdullah, menggesa pada Selasa (22 Nov) agar beliau segera dibebaskan, dan mencabar penahanan beliau di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Sosma) dengan memfail permohonan habeas corpus di Mahkamah Tinggi.



Habeas corpus ialah perintah mahkamah supaya seseorang dilepaskan daripada tahanan yang tidak mengikut undang-undang.



Cik Chin, 60, ditahan polis Jumaat lalu, sehari sebelum perhimpunan Bersih di Kuala Lumpur, yang menarik lebih 15,000 penunjuk perasaan yang menuntut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan berikutan tuduhan rasuah.



"Sangat jelas bahawa Maria dijadikan mangsa bagi layanan tidak masuk akal dan dahsyat ini," kata Cik Ambiga Sreenevasan, peguam Cik Chin yang juga bekas ketua Bersih.



"Kami juga telah menyatakan bahawa Sosma disalahgunakan terhadapnya. Dan keseluruhan cara beliau ditahan menyalahi undang-undang," ujar Cik Sreenevasan, yang juga pengerusi Persatuan Hak Asasi Manusia, kepada pemberita di lobi Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, menurut laman web berita Malaysiakini.



Tiga anak lelaki Cik Chin berada di mahkamah pada Selasa. Encik Azumin Mohamad Yunus, 23 tahun, memberitahu satu sidang akhbar bahawa penahanan ibunya tidak adil dan beliau berharap ibunya diberi akses kepada ubat beliau.



Menurut Encik Azumin, ibunya, yang ditahan di lokasi yang tidak didedahkan, mengalami tekanan darah tinggi dan masalah kolesterol.



"Saya melihatnya pada Ahad dan beliau kelihatan letih," katanya.



Pada Selasa, anggota parlimen pembangkang berarak dari Parlimen ke ibu pejabat polis, mendesak agar Sosma dimansuhkan dan Cik Chin dibebaskan.



Menurut mantan perdana menteri Mahathir Mohamad, pada 2012 Menteri Undang-Undang Nazri Aziz berjanji di Parlimen tiada sesiapa akan ditangkap atau ditahan di bawah Sosma semata-mata kerana kepercayaan atau kegiatan politik mereka.



"Janji bertulis itu diabaikan sendiari oleh kerajaan yang mengisytiharkan undang-undang ini," kata Tun Dr Mahathir kepada pemberita pada Selasa.



Acara berjaga pada malam hari sambil membawa lilin kecil diadakan pada Isnin di seluruh Malaysia untuk menuntut pembebasan Cik Chin, dengan orang ramai di Dataran Merdeka di Kuala Lumpur disertai Dr Mahathir dan isterinya.



"Bebaskan Maria, bebaskan Maria," laung beliau bersama ratusan ratus orang yang hadir.



Selain Cik Chin, polis menahan beberapa pepimpin lain Bersih, pemimpin pembangkang, aktivis pelajar dan pemimpin gerakan Baju Merah yang prokerajaan.



Pemimpin bahagian Umno, Datuk Jamal Yunos, dibebaskan pada Selasa selepas reman empat hari.



Datuk Jamal berkata beliau akan melancarkan kempen terhadap kerajaan pakatan pembangkang di Selangor.



"Saya ingin mengumumkan pelancaran Bersih 7 untuk menyelamatkan Selangor... Saya ingin menyatakan bahawa rakyat Selangor dapat diselamatkan daripada sebuah kerajaan yang menipu," katanya semasa dibebaskan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >