PETALING JAYA: Seorang peguam yang dilaporkan membuat dakwaan kononnya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mempromosi fahaman ekstremis akan ditahan reman dalam masa terdekat bagi membantu siasatan berhubung dakwaannya itu.
Menyatakan demikian, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh, berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hasutan, lapor Berita Harian Online semalam.