Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

NAJIB MASUK PENJARA

Peguam Najib mungkin kemukakan semakan kehakiman

Aug 24, 2022 | 05:30 AM



PUTRAJAYA: Peguam utama Najib Tun Razak, Encik Hisyam Teh Poh Teik, melahirkan rasa sedih selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman yang dikenakan ke atas mantan perdana menteri Malaysia itu, yang didapati bersalah menyeleweng dana RM42 juta ($13 juta) milik SRC International Sdn Bhd.



Encik Teh berkata mereka sedih kerana gagal dalam rayuan akhir bagi kes Najib itu.



Namun, beliau berkata pihaknya akan berbincang mengenai kemungkinan mengemukakan semakan kehakiman.



Najib juga boleh mengemukakan rayuan untuk mendapatkan pengampunan diraja.



Sekiranya berjaya dalam permohonannya, dia boleh dibebaskan tanpa menjalani hukuman penjara 12 tahun yang dikenakan terhadapnya itu sepenuhnya, lapor Reuters.



Dari kandang tertuduh di Mahkamah Persekutuan, Najib mendakwa badan kehakiman telah bersikap tidak adil terhadapnya, lapor Astro Awani.



Sepanjang minggu lepas, dia berkata dia menyaksikan peluangnya untuk berjaya dalam rayuan itu terhakis secara perlahan-lahan, bukan kerana ketiadaan merit, tetapi kerana dia tidak diwakili.



"Sebagai seorang tertuduh dan perayu di peringkat akhir kes, perasaan inilah yang paling teruk, iaitu apabila menyedari badan kehakiman menentang saya dengan cara yang paling tidak adil," ujarnya.



Mahkamah Persekutuan, yang juga mahkamah tertinggi Malaysia, mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta ke atas Najib kerana menyeleweng RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd.



Panel lima hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara, Tengku Maimun Tuan Mat, menolak rayuan Najib untuk mengetepikan sabitan dan hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 28 Julai 2020.



Najib yang memakai sut berwarna gelap dan tali leher, duduk dalam kandang tertuduh sedang keputusan Mahkamah Persekutuan disampaikan.



Isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, serta tiga anaknya turut hadir dan duduk di belakangnya di mahkamah.



Sejurus Tengku Maimun selesai menyampaikan keputusan Mahkamah Persekutuan, pegawai keselamatan tampil mengelilingi Najib yang berkhidmat sebagai Perdana Menteri Malaysia dari 2009 hingga 2018, lapor Reuters.



Dia kemudian dilihat meninggalkan Istana Kehakiman sekitar 5.40 petang.



Bagaimanapun, kenderaan tersebut tidak keluar melalui pintu yang mana lebih 100 penyokong berkumpul tetapi menggunakan pintu lain, di seberang tempat penyokong dia berkumpul, menurut Astro Awani.



Najib, yang dibawa dengan kenderaan utiliti sukan (SUV) berwarna hitam, tiba di Penjara Kajang sekitar 6.05 petang.



Menerusi laman Instagram beliau, anak Najib, Nooryana Najwa, memohon maaf kepada bapanya kerana tidak cukup berjuang baginya.



"Mungkin kita tidak cukup berjuang, mungkin kita meletakkan kepercayaan sepenuhnya terhadap sistem keadilan.



"Mungkin kita terlalu percaya dengan matlamat dan tujuan, menyebabkan kita bertahan sepanjang empat tahun ini.



"Namun, kamu tidak mendapat keadilan hari ini, malah kita tidak berpeluang untuk berjuang. Tetapi Bossku tidak berakhir di sini," ujar anak keempat Ahli Parlimen Pekan itu.



Tambahnya, beliau berjanji mereka sekeluarga tidak akan berdiam diri sehingga Najib kembali ke pangkuan mereka dengan selamat dan keadilan ditegakkan. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >