Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Peguam negara Israel arah siasatan jenayah ke atas PM Netanyahu

Dec 29, 2016 | 02:37 PM



BAITULMUQADDIS: Peguam negara Israel mengarahkan polis membuka siasatan jenayah berhubung dua perkara yang tidak dinyatakan melibatkan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu, lapor televisyen Channel 10 Israel pada Rabu (28 Dis).



Jurucakap Kementerian Keadilan berkata dalam satu kenyataan bahawa pemeriksaan mengenai perkara itu "masih berjalan dan ini bukan pengesahan ataupun penolakan apa yang telah didakwa".



"Peguam Negara, polis dan pendakwa raya sedang bekerja dengan bekerjasama erat dan pengumuman awam akan dibuat dalam masa terdekat mengenai siasatan itu," katanya.



Tiada respons segera daripada pejabat Encik Netanyahu.



Beliau pada masa lalu menafikan salah laku dalam pembelian kapal selam dari Jerman, apabila media melaporkan terdapat konflik kepentingan melibatkan peguamnya.



Laporan Channel 10 itu berkata Peguam Negara Avihai Mandelblit telah membenarkan polis menyoal Encik Netanyahu dengan berhati-hati, dan tarikh soal siasat akan ditetapkan pada hari-hari akan datang.



Ia berkata perkara lebih serius antara dua kes yang Encik Mandelblit telah periksa belum bocor kepada orang ramai. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >