Peguam Negara Malaysia pertahan keputusan tidak mendakwa 1MDB

PEGUAM Negara Malaysia mempertahankan pada Selasa (13 Okt) keputusannya tidak membawa 1Malaysia Development Berhad (1MDB) ke mahkamah dan sebaliknya mengenakan dakwaan ke atas pengkritik syarikat pelaburan kerajaan itu.

Bank Negara Malaysia (BNM) berkata minggu lepas ia telah meminta Peguam Negara Mohamed Apandi Ali mendakwa syarikat itu di bawah Akta Kawalan Pertukaran Wang kerana didakwa mengemukakan maklumat tidak tepat atau tidak lengkap bagi mendapatkan kelulusan bagi satu pelaburan sebanyak AS$1.83 bilion ($2.6 bilion) dalam usaha sama dengan firma minyak Arab Saudi, PetroSaudi.

$0.99/bulan
Selama enam bulan*!
Hubungi 6388 3838
*Sah hanya dengan langganan setahun