Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Peguam Negara Swiss: Najib bukan suspek dalam siasatan 1MBD

Feb 02, 2016 | 11:31 AM



KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bukan suspek dalam siasatan AS$4 bilion ($5.7 bilion) ke atas syarikat pelaburan kerajaan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kata Pejabat Peguam Negara (OAG) di Switzerland.


"Dalam prosiding jenayah yang berterusan OAG, Encik Najib Razak bukan salah seorang daripada pegawai awam di bawah tuduhan," jurucakap OAG, Encik Andre Marty, memberitahu Nikkei Asian Review.


Beliau menambah bahawa frasa "orang tidak dikenali" dalam undang-undang Switzerland merujuk kepada prosiding jenayah di mana terdapat syak munasabah bahawa suatu kesalahan telah dilakukan, tetapi tertuduh tidak diketahui.


OAG membuka prosiding jenayah Ogos lalu terhadap dua bekas pegawai 1MDB dan "orang tidak dikenali".


Minggu lepas, ketua pendakwa Switzerland, Peguam Negara Michael Lauber, berkata beliau telah secara rasmi meminta bantuan Malaysia bagi siasatan ke atas kemungkinan berlaku pelanggaran undang-undang Switzerland oleh 1MDB, degan berkata penyelewengan disyaki berjumlah kira-kira AS$4 bilion.


Encik Lauber berkata permintaan itu ialah mengenai kemungkinan pelanggaran undang-undang Switzerland berkaitan sogokan kepada pegawai asing, salah laku di pejabat awam, pengubahan wang haram dan salah urus jenayah di 1MDB.


Kenyataan beliau datang selepas Peguam Negara Malaysia, Tan Sri Mohamed Apandi Ali membebaskan Datuk Seri najib daripada sebarang salah laku jenayah dalam siasatan di SRC International, bekas anak syarikat 1MDB, dan derma politik sebanyak RM2.6 bilion ($ 888 juta).


Tan Sri Apandi kemudian respons kepada Encik Lauber, berkata pihaknya akan mengambil semua langkah yang mungkin bagi membuat susulan dan bekerjasama dengan Switzerland dan "kami mengalu-alu siasatan dan bahan-bahan mereka melalui saluran biasa". - The Star/Asia News Network




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >