Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pejabat PM Turkey nafi suara Erdogan dalam rakaman YouTube

Feb 25, 2014 | 04:11 PM



ANKARA: Pejabat Perdana Menteri Recep Taiyyip Erdogan menafikan rakaman suara dalam laman YouTube, adalah suara Encik Erdogan.


Dalam rakaman berkenaan, perdana menteri itu kononnya telah memberitahu anak lelaki beliau untuk mengeluarkan sejumlah wang yang banyak pada hari berita tentang satu siasatan rasuah ke atas pemerintahnya disiarkan.


Pejabat Perdana Menteri berkata, rakaman itu adalah palsu dan "tidak benar sama sekali".


Agensi berita Reuters, melalui laporannya, berkata bahawa ia tidak dapat mengesahkan ketulenan rakaman audio itu, yang disiarkan dalam laman web video itu lewat kelmarin.


Dalam rakaman itu, suara yang kononnya adalah milik Encik Erdogan boleh didengar meminta anak lelakinya untuk mengeluarkan wang daripada rumahnya.


Rakaman itu kononnya adalah satu perbincangan antara Encik Erdogan dengan anak lelakinya, Encik Bilal, tentang bagaimana mereka boleh menghapuskan kesemua dana itu dengan mengagihkanya kepada beberapa peniaga.


Pada satu ketika, suara yang kononnya milik Encik Bilal berkata sekitar 30 juta euro ($52.1 juta) masih belum 'dihapuskan'.


Rakaman tersebut, yang muncul selang dua hari selepas Parti AK Encik Erdogan secara rasmi mula berkempen bagi satu pilihan raya setempat pada akhir bulan depan, mungkin pendedahan terbaru berhubung dengan skandal rasuah yang didakwa Encik Erdogan, yang bertujuan untuk menggulingkannya. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >