Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pekerja ladang di Temerloh meninggal dunia selepas tiga hari dipijak gajah

Jul 09, 2022 | 02:55 PM



TEMERLOH: Seorang pekerja ladang yang dirawat di hospital kerana patah buku lali kiri, selepas dipijak gajah liar di Ladang Semantan dekat Mentakab, di sini Selasa lalu, meninggal dunia pada Jumaat (8 Julai).



Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Pahang, Rozidan Md Yasin, berkata mangsa berusia 55 tahun meninggal dunia di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah di sini, kira-kira 1.20 pagi Jumaat.



"Mangsa dibawa ke hospital pada Selasa dengan patah pada buku lali kiri dan beberapa luka akibat serangan gajah itu. PERHILITAN sedang menunggu laporan terperinci daripada hospital mengenai punca kematian," katanya hari ini.



Kejadian itu berlaku Selala lalu ketika mangsa yang juga pekerja ladang dipercayai berjalan bersendirian ke tempat kerja kira-kira jam 8 pagi.



 



Selepas serangan, mangsa yang terbaring menghubungi penyelianya untuk mendapatkan bantuan, sebelum dikejarkan ke hospital.



Rozidan dilaporkan berkata, renjer PERHILITAN dimaklumkan kira-kira jam 4 petang Selalu lalu, sebelum anggotanya bergegas ke tempat kejadian dan menemui kesan tapak kaki gajah di kawasan itu.



Difahamkan, mangsa yang bersendirian ketika serangan itu, pengsan di tempat kejadian dan tidak sedarkan diri.



Kumpulan gajah itu dipercayai tujuh ekor.



Sementara itu, penyelia ladang yang enggan namanya dikenali, berkata pencerobohan gajah biasa berlaku di kawasan bersempadan dengan Hutan Simpan Kemasu, namun tiada sebarang serangan terhadap manusia sebelum ini.



"Kebiasaannya gajah liar masuk mencari makanan dan merosakkan pokok kelapa sawit, sebelum kembali ke hutan. Tiada serangan gajah terhadap manusia dilaporkan dan serangan ini kejadian pertama dalam tempoh beberapa dekad.



"Pengurusan ladang sebelum ini sudah menggali parit dalam untuk menghalang gajah daripada menceroboh ladang dan sebaik kerja siap, tindakan seterusnya memasang pagar elektrik di sekeliling perimeter," katanya.



Katanya, mangsa yang meninggal dunia sudah bekerja di ladang itu selama lapan tahun. - Berita Harian Malaysia



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >