Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pekerja M'sia siang bekerja di S'pura, malam tidur di JB Sentral

Jul 09, 2014 | 01:17 PM



JOHOR BARU: Setiap hari golongan 'pengembara' ini sanggup bersesak-sesak dengan orang ramai yang ingin masuk ke seberang tambak di Kompleks Pemeriksaan Kastam dan Imigresen ( CIQ) Johor Bahru di sini.


Kumpulan 'pengembara' dari Malaysia ini selalunya tiba tepat pada masanya dan ada yang sanggup beratur seawal 5 pagi.


Sebaik sahaja melepasi pemeriksaan kastam dan imigresen, mereka akan menaiki bas dan bergerak ke Singapura.


Kebanyakan daripada kumpulan ini bekerja sebagai pekerja kilang dan tukang bersih pejabat.


Tamat sahaja waktu bekerja mereka akan pulang dan kembali ke kompleks CIQ bersama-sama pekerja Malaysia yang lain.


Ini rutin kehidupan mereka pada setiap hari.


Kumpulan 'pengembara' ini tidak akan meninggal Kompleks CIQ, tetapi mereka menghabiskan masa daripada siang hingga ke malam di sini dan JB Sentral.


Terdapat kira-kira 100 orang daripada kumpulan ini yang bekerja di Singapura telah berkali-kali dihalau daripada oleh pengawal keselamatan dan pihak berkuasa.


JB Sentral yang mempunyai keluasan 89,417 kaki persegi merupakan satu-satunya pintu keluar masuk ke kompleks tersebut dengan kira-kira 300, 000 pengguna setiap hari.


Dengan sebahagian daripada pekerja berulang alik menggunakan kompleks tersebut, kumpulan ini tetap berdegil dan tinggal di CIQ.


Bagi mereka makanan tidak langsung menjadi masalah kerana terdapat 15 gerai makanan yang buka 24 jam sehari.


Terdapat juga beberapa mesin ATM disediakan.


Kompleks CIQ Sultan Iskandar dibuka pada 2008 menjadikannya sebagai pintu keluar masuk bagi memproses dokumen yang baru.


Kompleks berkenaan dan JB Sentral dijadikan sebagai hab pengangkutan bersepadu selatan.


Ketika pihak media cuba mendekati, mereka bagaimanapun enggan bekerjasama.


Salah seorang daripada mereka yang dikenali sebagai Sally, mendakwa dia sedang menunggu pasportnya dikeluarkan.


"Saya tidak tinggal di sini, Saya hanya tunggu dokumen saya siap," katanya sebelum bergerak ke satu sudut di mana barangan peribadi seperti radio transitor, selipar, bedak disimpan.


Beberapa pekerja kedai serbaneka dalam JB Sentral mengesahkan bahawa wanita berkenaan telah tinggal di bangunan tersebut sejak dua minggu lalu.


Seorang 'pengembara' lelaki menafikan dia mempunyai niat untuk tinggal di sana.


Lelaki tersebut yang dilihat dalam keadaan tergesa-gesa dengan cepat meninggalkan kami dan pergi menyambung tidurnya. - The Star




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >