Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pelajar Indonesia berhimpun, bantah cadangan lanjutkan tempoh jawatan Presiden

Apr 11, 2022 | 06:36 PM



JAKARTA: Pelajar mengadakan tunjuk perasaan di Indonesia pada Isnin (11 April) berhubung harga minyak masak yang tinggi dan kemungkinan pelanjutan tempoh Presiden Joko ‘Jokowi’ Widodo dalam jawatan, walaupun terdapat percubaan oleh pemimpin terkenal itu untuk meredakan spekulasi mengenai rancangan yang sedang dilakarkan untuk mengekalkan beliau berkuasa lebih lama.


Tunjuk perasaan itu berlaku di beberapa bahagian Indonesia, termasuk Sulawesi Selatan, Jawa Barat dan ibu kota Jakarta, di mana ratusan pelajar yang memakai jaket neon berarak menuju ke Parlimen untuk mengadu tentang kenaikan harga barangan dan kemungkinan presiden itu melebihi had dua penggalnya.


Idea lanjutan penggal untuk Encik Jokowi, sama ada dengan mengubah perlembagaan atau menangguhkan pilihan raya 2024, telah mendapat momentum akhir-akhir ini dalam demokrasi ketiga terbesar di dunia itu selepas beberapa tokoh politik berpengaruh secara terbuka menyokongnya.


Pada Ahad, buat kali kedua dalam masa kurang seminggu, Encik Jokowi, 60 tahun, menggesa para menteri dan ketua keselamatan untuk menghentikan perbincangan mengenai isu itu dan berkata adalah jelas bahawa satu pilihan raya akan diadakan pada Februari 2024, seperti yang dirancang.


“Jangan biarkan ada spekulasi di kalangan orang ramai bahawa pemerintah cuba menangguhkan pilihan raya atau membuat spekulasi untuk melanjutkan penggal presiden atau apa-apa yang berkaitan dengan penggal ketiga,” katanya dalam satu mesyuarat.


Idea untuk membenarkan lebih daripada tempoh maksimum dua penggal lima tahun sebagai presiden telah mencetuskan kebimbangan tentang ancaman kepada reformasi demokrasi yang dimenangi dengan susah payah.


Pelajar telah secara tradisional berada di barisan hadapan dalam usaha untuk melindungi kemajuan demokrasi Indonesia, selepas keluar ke jalan raya pada 1998 semasa tunjuk perasaan besar yang membantu menjatuhkan bekas orang kuat Presiden Suharto.


Encik Jokowi mengekalkan kadar sokongan yang tinggi sejak pertama kali dipilih pada 2014, tetapi tinjauan terbaru oleh firma kaji selidik, Saiful Mujani Research and Consulting, menunjukkan lebih 70 peratus rakyat Indonesia menolak rancangan lanjutan itu.


Beliau telah dikritik di atas pendiriannya yang samar-samar dalam isu itu, menyebutnya sebagai satu tamparan dan hanya “satu idea”, tetapi tanpa menolaknya secara jelas atau menolak untuk terus berkuasa lebih lama. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >