Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pelajar lepaskan tembakan di universiti Russia, bunuh dan cederakan sekurangnya 8 orang

Sep 20, 2021 | 10:09 PM



MOSCOW: Seorang pelajar melepaskan tembakan di kawasan sebuah universiti di bandar Perm di Russia pada Isnin (20 September), membunuh sekurang-kurangnya lapan orang dan mencederakan beberapa yang lain.



Pelajar lelaki bersenjata itu sendiri maut selepas kejadian tembakan di Universiti Perm State itu, sekitar 1,300 kilometer di timur Moscow, kata Natalia Pechishcheva, jurucakap universiti itu.



Rakaman di tempat kejadian menunjukkan badannya terbaring di kawasan luar universiti. Rakaman media lebih awal di tempat kejadian menunjukkan beberapa pelajar melompat dari ting kap ting kat satu untuk melarikan diri dari bangunan.



Sebilangan pelajar membina penyekat menggunakan kerusi untuk menghalang penembak memasuki bilik darjah mereka, menurut bebera pa pelajar.



Pelajar bersenjata itu dikenal pasti sebagai pelajar di universiti tersebut, dedah Jawatankuasa Penyiasatan, yang mengendalikan siasatan terhadap jenayah besar.



“Terdapat kira-kira 60 pelajar di kelas. Kami menutup pintu dan menghalangnya masuk dengan ke ru si, ”kata pelajar Semyon Karyakin kepada Reuters .



Media setempat mengenal pasti pelajar bersenjata itu sebagai berusia 18 tahun yang sebelumnya telah menyiarkan gambar di media sosial dengan memegang senapang dan peluru. Dia menyatakan tindakannya tiada hubungan dengan politik atau agama tetapi didorong oleh kebencian.



Pada Mei lalu, seorang lelaki ber senjata melepaskan tembakan di sebuah sekolah di kota Kazan membunuh sembilan orang dan mencederakan banyak lagi. Kejadian itu adalah penembakan di sekolah paling berdarah di Russia sejak 2018 apabila seorang pelajar di sebuah kolej di Crimea membunuh 20 orang sebelum me nembak dirinya sendiri. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >