TRAGEDI DI CHRISTCHURCH, NEW ZEALAND
Pelajar S'pura di sekolah dekat masjid NZ menangis ketakutan
Mar 17, 2019 | 05:30 AM
SELAMA empat jam, pelajar St Margaret's College di Christchurch, New Zealand, terpaksa bersembunyi dalam bilik darjah yang berkunci, di bawah meja jauh daripada tingkap, dalam keadaan meniarap.
Mereka tidak dibenarkan menggunakan telefon bimbit, dan jika mahu ke tandas dalam tempoh itu, mereka perlu merangkak keluar.