Subuh
5:35
Syuruk
6:51
Zuhur
12:55
Asar
4:03
Maghrib
6:57
Isyak
8:06
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

Pelakon Azmil Mustapha dilapor tenat di hospital

Jan 15, 2016 | 06:32 PM

KUALA LUMPUR: Pelakon era 1980-an Azmil Mustapha sedang dirawat di Hospital Putrajaya akibat sakit jantung.

Menurut anaknya, pelakon yang popular dengan filem-filem box office seperti Mekanik, Ali Setan dan Suara Kekasih, itu dikatakan tenat.

Anaknya, yang dikenali sebagai Syamira, berkata doktor memaklumkan keadaan kesihatan ayahnya kritikal, lapor BH Online.

Syamira bagaimanapun tidak berkongsi maklumat lain mengenai Azmil kerana ketika dihubungi dia sedang dalam perjalanan ke hospital.

Penjelasan Syamira itu mengesahkan penyebaran status Facebook bapa saudaranya, Aziph yang juga adik Azmil mengenai keadaan kesihatan bintang filem popular itu, lapor Astro Awani.

Netizen dikejutkan dengan penyebaran status Facebook Aziph yang mendakwa abang sulungnya itu dimasukkan ke Unit Rawatan Kardiac, Hospital Putrajaya, sejak semalam kerana sakit jantung.

"Pada awalnya, keadaan abang okay sehinggalah jam 4 petang semalam dia mula mengadu sakit di bahagian dada.

"Doktor juga tak dapat mengesahkan sama ada dia kena serangan jantung.

"Pihak hospital akan berusaha sehabis baik untuk mengubatinya," katanya dalam status itu.

Laporan lanjut di http://www.astroawani.com/berita-hiburan/pelakon-ali-setan-azmil-mustap…

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3