Subuh
5:46
Syuruk
7:06
Zuhur
1:12
Asar
4:31
Maghrib
7:15
Isyak
8:27

Pelakon McConaughey turut desak Washington laksana undang-undang kawal senjata api

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

Pelakon McConaughey turut desak Washington laksana undang-undang kawal senjata api

Jun 09, 2022 | 05:30 AM

WASHINGTON: Penggubal undang-undang, mangsa tembakan dan penyokong undang-undang senjata lebih ketat, termasuk pelakon Matthew McConaughey, telah bersuara mendesak Washington supaya melaksanakan undang-undang yang dapat mengurangkan kejadian tembakan rambang di tengah-tengah usaha menangani isu tersebut yang dilengahkan Kongres selama bertahun-tahun.

Pihak Demokrat di Senat berkata, mereka berasa terdorong dengan rundingan berterusan yang berlangsung dengan pihak Republikan.

Rumah Putih menyatakan Presiden Joe Biden sekadar mahu melihat semacam ada undang-undang diluluskan, meskipun perjanjian itu tidak dapat memenuhi desakannya untuk melarang penjualan raifal tempur, sedang Kongres membahaskan undang-undang senjata di peringkat persekutuan selepas lebih sedekad tanpa melakukan apa-apa.

Usaha baru untuk menangani keganasan senjata api bermula selepas berlaku beberapa kejadian tembakan rambang di Amerika Syarikat, termasuk satu kejadian di mana 19 murid di Sekolah Rendah Robb di kediaman kelahiran McConaughey di Uvalde, Texas, pada 24 Mei lalu oleh remaja berusia 18 tahun yang bersenjatakan senapang separuh automatik.

Pelakon yang memenangi Oscar itu, yang mempertimbang untuk bertanding jawatan gabenor di Texas tahun lalu sebelum memutuskan sebaliknya, telah mengadakan pertemuan singkat dengan Encik Biden di Rumah Putih, dan merayu agar dilakukan perubahan dari pentas Rumah Putih, di mana beliau diperkenalkan oleh setiausaha akhbar, Cik Karine Jean-Pierre, sebagai "pemilik senjata".

"Jadikan soal kehilangan nyawa ini satu keutamaan," desak McConaughey sedang beliau menunjukkan gambar kanak-kanak yang menjadi mangsa dan menunjukkan kasut hijau yang membantu mengenal pasti identiti seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun.

Aktor berusia 52 tahun itu juga mengenang kisahnya membesar di pekan selatan Texas itu.

"Uvalde ialah tempat saya belajar untuk menghormati kuasa dan keupayaan suatu alat yang kami panggil sebagai senapang. Uvalde ialah tempat saya belajar tentang pemilikan senjata secara bertanggungjawab," katanya.

McConaughey berkata, pemilik senjata yang bertanggungjawab berasa "bosan dengan Pindaan Kedua disalah guna dan dirampas oleh individu tidak siuman," dan menggesa dinaikkan umur minimum bagi pembelian senapang separuh automatik jenis AR-15 ke umur 21 tahun.

Minggu lalu, dalam satu ucapan dari Rumah Putih, Encik Biden mengisytiharkan "Cukup! Cukup!" dalam melarang senjata, dan meluaskan pemeriksaan latar belakang dan melaksanakan langkah-langkah kawalan senjata. - Reuters.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3