Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pelan tindakan iklim global disetujui 200 negara

Dec 16, 2018 | 02:56 PM



KATOWICE, POLAND -Satu pelan tindakan global bagi mengehadkan kerosakan daripada perubahan iklim diterima oleh hampir 200 negara lewat semalam (15 Dis), sehari selepas perbincangan dijadualkan selesai menyusuli perbincangan dua minggu.



 


"Kesan menyeluruh pakej ini adalah positif kepada dunia," kata Encik Michal Kurtyka, presiden Poland bagi perbincangan itu, semasa sesi pleno terakhir persidangan perubahan iklim Bangsa-Bangsa Bersatu di Katowice di Selatan Poland. "Ia akan menggerakkan kita satu langkah lebih dekat ke arah merealisasikan cita-cita yang tertera dalam Persetujuan Paris."


 


Pelan tindakan itu, atau Buku Peraturan Katowice (Katowice Rulebook), melakarkan satu sistem bagi negara membuat potongan pengeluaran di bawah rancangan iklim nasional dan bagaimana rancangan itu boleh secara kerap dilaporkan, diukur, diteliti dan ditingkatkan secara progresif.


 


Rancangannya ialah untuk mengekalkan pemanasan global di bawah 2 darjah Celsius di atas paras praperindustrian - satu sasaran yang ditetapkan dalam Persetujuan Paris yang dilakarkan tiga tahun lalu - dan untuk menyasarkan 1.5 darjah Celsius, jika boleh.


 


Sedang Perjanjian Paris menyediakan rangka kerja asas bagi membantu negara mencapai matlamat ini, buku peraturan itu membentangkan pelan tindakan tentang bagaimana ia boleh dilakukan dan bertujuan memastikan semua negara jujur dalam proses itu.


 


Perbincangan Katowice itu menandakan kemuncak rundingan tiga tahun tentang buku peraturan itu, yang diperlukan bagi melaksanakan perjanjian Paris.


 


Menteri Sekitaran dan Sumber Air, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, memberitahu akhbar The Straits Times di lokasi persidangan itu bahawa penerimaan buku peraturan itu adalah satu detik bersejarah - sesuatu yang amat penting bagi Singapura, yang akan mengakhirkan Tahun Tindakan Iklimnya hujung bulan ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >