Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pelancong Australia ditembak mati di New Zealand

Aug 16, 2019 | 08:05 PM



POLIS New Zealand sedang memburuseorang suspek yang bersenjata selepas seorang pelancong Australia ditemui mati ditembak dalam sebuah van di sebuah bandar peranginan North Island hari ini (16 Ogos).



Serangan tersebut dipercayai dilakukan secara rambang.



Suspek telah mendekati van yang dinaiki mangsa dan pasangannya selepas jam 3 pagi hari ini. 



Menurut Inspektor Detektif Encik Graham Pitkethley,  suspek kemudian melepaskan beberapa das tembakan ke arah van tersebut, justeru mencederakan pelancong lelaki Australia itu. 



Kejadian berlaku berhampiran bandar pesisiran pantai Raglan



Pasangan lelaki Australia yang ditembak itu, seorang wanita Kanada, berjaya melarikan diri dan telah menelefon polis.



Encik Pitkethley berkata suspek kemudian mencuri van itu dan memandu lari, sedangkan lelaki yang tercedera itu masih berada di dalam kenderaan.



Polis kemudiannya menemui van tersebut pada 8 pagi, kira-kira 75km dari tempat kejadian, di Gordonton.



Mayat mangsa, 33 tahun, ditemui di dalam van itu.



Masih tidak jelas sama ada mangsa mati akibat luka tembakan dalam serangan awal atau telah mengalami keganasan lanjut.



New Zealand adalah destinasi pelancongan popular terutama dalam kalangan warga Australia.



Tahun lalu, seorang pengembara wanita, seorang warga Britian berusia 22 tahun, dibunuh ketika melancong ke negara itu. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >