Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pelancong China lapor pada polis lepas nampak nyamuk dalam bilik hotel Melaka

Sep 13, 2016 | 09:55 AM



MELAKA: Dek bimbang dijangkiti Zika, seorang pelancong China membuat laporan polis selepas ternampak nyamuk dalam bilik hotelnya di Melaka.



Pelancong berusia 67 tahun dari Shanghai itu, yang sedang bercuti di Melaka bersama isterinya, mendakwa beliau ternampak nyamuk dan serangga lain di dalam bilik hotelnya.



Bimbang mereka berisiko dijangkiti virus Zika, beliau membuat laporan polis dengan bantuan seorang penterjemah tempatan di balai polis di Banda Hilir pada Sabtu (10 Sep).



Seorang pemandu pelancong tempatan berusia 32 tahun, yang enggan dikenali, berkata pelancong itu mahu menghantar mesej kepada pengendali supaya mereka tidak memandang ringan ancaman Zika.



Timbalan pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Sukan dan Antidadah Melaka, Datuk Ng Choon Koon, berkata hotel di negeri ini perlu mengambil langkah-langkah menghapuskan nyamuk dan serangga lain.



"Laporan polis boleh menjadi pembuka mata untuk kita," kata beliau, sambil menambah tindakan membuat laporan berhubung perkara itu mungkin kelihatan pelik bagi sesetengah orang.



Datuk Ng berkata kerajaan negeri telah menjalankan usaha bersungguh-sungguh untuk mengawal pembiakan nyamuk Aedes dan mencegah penyebaran denggi dan Zika di Melaka.



Menurutnya, sejumlah 105,928 pemeriksaan dan pemusnahan tempat pembiakan Aedes telah dijalankan, dengan 339,313 tindakan pengasapan dilakukan di seluruh negeri tahun ini.



Beliau berkata 11 kawasan di Melaka didapati berleluasa dengan denggi.



Sebanyak 1,684 kes demam denggi direkod hingga Isnin (12 Sep), bertambah 15 peratus daripada tempoh sama tahun lepas.



Jumlah kematian sama seperti tempoh sama tahun lalu, iaitu enam orang. - The Star/Asia News Network




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >