JERANTUT: Rata-rata pelancong asing yang diselamatkan daripada terperangkap di Taman Negara akibat banjir sejak Selasa lepas menghargai usaha pihak berkuasa yang berjaya membawa mereka keluar daripada kawasan tersebut kelmarin.
Warga Perancis, Serge de Sobarnitsky, 41 tahun, berkata ini walaupun mereka terpaksa menunggu 12 jam selepas operasi membawa mereka keluar kelmarin ditangguhkan akibat cuaca buruk.