Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pelancong jauhi Taj Mahal dan tarikan lain di India selepas kejadian tunjuk perasaan

Dec 29, 2019 | 06:02 PM



MUMBAI: Industri pelancongan India terjejas oleh kejadian tunjuk perasaan yang menentang undang-undang kewarganegaraan di beberapa bandar bulan ini.


Sekurang-kurangnya 25 orang terkorban dalam pertempuran antara penunjuk perasaan dengan polis. Kejadian tunjuk perasaan terus berlanjutan.


Menurut anggaran rasmi, sekitar 200,000 pelancong domestik dan antarabangsa telah membatalkan atau menangguhkan kunjungan mereka ke Taj Mahal dalam tempoh dua minggu lalu, salah satu tarikan pelancong paling popular.


“Jumlah pengunjung jatuh 60 peratus Disember tahun ini,” kata inspektor polis di balai polis khas untuk pelancong berdekatan Taj Mahal, Encik Dinesh Kumar.


Katanya ini berbanding Disember tahun lalu.


“Pelancong India dan luar negara akan menghubungi pusat kawalan kami untuk memastikan keadaan selamat. Kami meyakinkan mereka bahawa tempat ini dilindungi, tetapi ramai yang masih ingin jauhinya,” kata Encik Kumar.


Tugu marmar dari abad ke-17 itu terletak di Utara Pradesh, kawasan utara yang telah menyaksikan jumlah kematian yang tertinggi serta keganasan teruk dalam tempoh tunjuk perasaan dua minggu lalu. -Reuters. 

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >