Subuh
5:35
Syuruk
6:52
Zuhur
12:56
Asar
4:03
Maghrib
6:58
Isyak
8:07
Dunia

Pelancong maut jatuh dari ‘zipline’ hutan Australia

Oct 23, 2019 | 11:55 AM

SEORANG lelaki meninggal dunia dan seorang lagi wanita cedera parah selepas mereka jatuh dari ketinggian lima tingkat dari ‘zipline’ hutan di kawasan timur-laut Australia. 

Suami isteri yang berasal dari kawasan Selatan Australia disangkut bersama untuk menaiki ‘zipline’ Jungle Surfing Canopy yang terletak di kawasan Daintree yang sering dikunjungi pelancong di Queesland, di mana insiden tersebut berlaku semalam. 

Seorang lelaki berusia 50 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, walaupun setelah kakitangan, pelancong dan juga khidmat kecemasan cuba untuk menyelamatkannya. 

Seorang wanita berusia 48 tahun diterbangkan oleh helikopter penyelamat ke Hospital Cairns dalam keadaan cedera parah tapi stabil. 

Khidmat Ambulans Queensland mengesahkan wanita tersebut mengalami kecederaan di bahu, tangan dan pelvis. 
 

Video Baru

Ciri baru

Alat terjemah Berita Harian