Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

WAWANCARA BERSAMA HAWAZI DAIPI

Pelantikan ke Palestin cetus kesedaran terhadap keperluan mendesak capai huraian aman

Feb 01, 2017 | 05:30 AM



Berita Harian (BH): Bagaimanakah pengalaman Encik Hawazi melawat Tebing Barat sebagai Wakil Singapura ke Palestin buat kali pertama dalam sejarah?



Encik Hawazi Daipi: Saya pernah melawat Tebing Barat empat kali sebelum ini - dua kali sebagai wartawan Berita Harian dan dua kali sebagai Anggota Parlimen.



Lawatan pertama diadakan sejurus selepas termeterai Perjanjian Pertama Oslo dan selepas tugasan di Cyprus. Saya menemui salah seorang perunding Palestin terkenal, Faisal Al-Husseini, dan berbual dengan seorang lagi perunding, Hanan Ashrawi.



Kali ini pula, saya menemui Ketua Perunding Palestin Dr Saeb Erekat. Ia pengalaman bermanfaat dapat menemui rakyat Palestin daripada pelbagai lapisan sepanjang minggu lalu semasa lawatan saya.



Setelah mendengar daripada pihak menteri, pegawai dan siswa, saya meraih pemahaman lebih baik tentang kesukaran dan kerumitan usaha mencapai keamanan.



BH: Apakah maklum balas daripada masyarakat setempat menyusuli pelantikan Encik Hawazi sebagai wakil ke Palestin?



Encik Hawazi: Ketika dilantik, saya sangat terharu melihat ramai orang, termasuk orang yang tidak dikenali, mendekati saya di masjid untuk mengucapkan tahniah. Respons kepada pos Facebook saya mengenai lawatan ini juga amat positif.



BH: Bagaimanakah Encik Hawazi menangani sensitiviti atau kepekaan masyarakat berhubung isu ini?



Encik Hawazi: Saya fikir masyarakat sangat menyokong pelantikan saya. Ramai memikir bahawa pelantikan itu menunjukkan Singapura, walaupun sebagai negara kecil, boleh menghulurkan bantuan bermakna kepada Palestin berdasarkan pengalaman dan keupayaan kita.



BH: Apakah pendapat Encik Hawazi tentang langkah Amerika Syarikat baru-baru ini mahu menahan daripada mengundi berkenaan resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkaitan penempatan Israel?



Encik Hawazi: Ia memaparkan kebimbangan masyarakat antarabangsa mengenai kurangnya kemajuan ke arah kedamaian.



BH: Apakah kesan langkah itu di bawah pentadbiran baru Presiden Donald Trump?



Encik Hawazi: Semua pihak - termasuk Palestin dan Israel - masih menanti pencerahan berhubung pendekatan pentadbiran Trump terhadap Timur Tengah.



BH: Secara peribadi, apakah harapan Encik Hawazi bagi rantau itu dan sejauh manakah tahap keyakinan terhadap usaha mencapai kestabilan di situ?



Encik Hawazi: Perbualan dengan rakyat Palestin telah menyedarkan saya bahawa rakyat biasalah yang menanggung beban paling berat dalam proses damai terhenti ini. Saya kini lebih yakin mengenai keperluan mendesak mencapai penyelesaian secara aman.



Saya berharap pemimpin di rantau itu akan mencari keberanian meneruskan rundingan damai demi rakyat.



Berhubung keamanan Israel dan Palestin, rasa optimis dan pesimis hampir tidak relevan. Seperti yang dikatakan Ketua Perunding Erekat kepada saya, tidak ada pilihan kecuali terus mencuba.




"Perbualan dengan rakyat Palestin telah menyedarkan saya bahawa rakyat biasalah yang menanggung beban paling berat dalam proses damai terhenti ini."
- Encik Hawazi, tentang kawasan bergejolak Tebing Barat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >