Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pelantikan pengerusi baru parti Bersatu di Johor dipertikai anggota

Jun 14, 2019 | 05:30 AM



JOHOR BARU: Masalah sedang berlaku dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia Johor, dengan pemberontakan dalaman terhadap pengerusi yang baru dilantik, Encik Mazlan Bujang.



Difahamkan bahawa sekumpulan pemimpin bahagian Bersatu telah menghantar satu memorandum kepada pengerusi parti, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, meminta Encik Mazlan diganti.



Encik Mazlan juga tidak dijemput ke majlis Hari Raya Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, bersama pemimpin Bersatu di Istana Pasir Pelangi Isnin lalu.



Satu mesyuarat Bersatu yang diadakan buat kali pertama sejak Encik Mazlan dilantik sebagai ketua pada malam yang sama juga dipulaukan oleh separuh daripada 26 ketua bahagian di negeri ini.



Encik Mazlan berkata beliau tidak kesah akan percubaan membuangnya.



"Saya sedar mengenai mesyuarat kumpulan itu dengan Dr Mahathir. Tetapi saya mempunyai sokongan penuh pengerusi dan presiden parti.



"Malah mereka juga telah melantik saya menjadi ahli majlis tertinggi dalam parti," katanya, sambil menambah bahawa beliau juga tidak kecewa kerana tidak dijemput berkumpul sempena Hari Raya bersama Sultan Johor.



Encik Mazlan juga menegaskan beliau bukan satu-satunya pemimpin Bersatu yang tidak dijemput ke majlis tersebut.



"Saya pun ada satu lagi program pada hari yang sama," katanya.



Beliau berkata tindakan tidak akan diambil terhadap mereka yang tidak hadir bagi mesyuarat ketua bahagian Bersatu pertama di ibu pejabat parti itu, sambil menambah bahawa yang penting baginya ialah semua orang bersatu demi kepentingan parti.



Encik Mazlan berkata beliau tidak mempunyai sebarang masalah dengan Menteri Besar Datuk Dr Sahruddin Jamal, yang beliau kata berada dalam kedudukan sukar - tersepit antara parti dengan istana.



Encik Mazlan berharap semua ketua 26 bahagian akan bersatu dan bekerja untuk rakyat kerana pilihan raya parti bakal menjelang.



Sementara itu, seorang pemimpin Bersatu yang menghadiri pertemuan dengan Sultan Johor menggambarkan ia sebagai mesra.



"Tuanku mengingatkan kami supaya berkhidmat kepada rakyat dan bukan hanya bermain politik," katanya.



Beliau mengesahkan selain Encik Mazlan, beberapa ketua bahagian lain juga tidak hadir pada majlis tersebut.



Encik Mazlan antara dua ahli majlis eksekutif negeri yang digugurkan daripada barisan kerajaan baru di bawah Dr Sahruddin berikutan peletakan jawatan Datuk Osman Sapian.



Seorang lagi ialah Encik Tan Hong Pin daripada Parti Tindakan Demokratik (DAP). - The Star.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >