Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pelarian Syria maut di Jerman apabila bom yang dibawanya meletup

Jul 25, 2016 | 12:05 PM



BERLIN: Seorang lelaki Syria berusia 27 tahun yang permohonan suakanya di ditolak Jerman setahun lalu, maut pada Ahad (24 Julai) apabila sebutir bom yang dibawanya meletup di luar sebuah pesta muzik di Ansbach, ujar seorang pegawai negeri Bavaria dalam satu sidang akhbar, menurut sebuah laman web.



Menteri Dalam Negeri, Encik Joachim Herrmann, berkata lelaki itu cuba membunuh diri dua kali sebelum ini. Tidak dapat dipastikan apakah dia merancang membunuh diri atau turut membunuh orang lain, lapor laman web Nordbayern.de.



Seramai 12 orang cedera dalam kejadian itu.



Encik Herrmann berkata lelaki berkenaan nampaknya dilarang masuk ke pesta muzik Ansbach Terbuka itu sejurus sebelum letupan tersebut.



Lebih 2,000 orang dipindahkan dari pesta itu selepas letupan tersebut, kata polis.



Ia kejadian ganas keempat di Jerman dalam seminggu dan berlaku sedang negara itu masih dalam kebimbangan selepas pembunuhan sembilan orang oleh seorang lelaki keturunan Iran-Jerman berusia 18 tahun yang bersenjata di Munich pada Jumaat (22 Jul).



Terdahulu jurucakap Kementerian Dalam Negeri berkata tiada tangkapan dibuat berhubung letupan terbaru itu.



Juga pada Ahad, seorang pelarian Syria berusia 21 tahun ditahan selepas membunuh seorang wanita hamil dan mencederakan dua orang lain di bandar Reutlingen, berhampiran Stuttgart.



Pada 18 Julai, seorang pelarian dari Pakistan yang bersenjatakan kapak mencederakan lima orang berhampiran Wuerzbuerg, juga di selatan Jerman, sebelum dia ditembak mati oleh polis.



Serangan kapak itu dan kejadian tembakan di Munich tidak menunjukkan tanda-tanda ada kaitan dengan kumpulan pengganasan Negara Islam di Iraq dan Syria (ISIS) atau kumpulan militan lain, kata polis. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >