Subuh
5:39
Syuruk
7:03
Zuhur
1:10
Asar
4:35
Maghrib
7:15
Isyak
8:30

Pelawat dari 12 negara termasuk SG yang tiba di India perlu kuarantin

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

KESAN VARIAN BARU COVID-19

Pelawat dari 12 negara termasuk SG yang tiba di India perlu kuarantin

Dec 01, 2021 | 05:30 AM

NEW DELHI: India akan mengenakan semula sekatan Covid-19, termasuk kuarantin di rumah selama tujuh hari, ke atas 12 negara termasuk Singapura mulai hari ini.

Langkah itu dibuat di tengah-tengah kebimbangan mengenai kemunculan varian Omicron - varian baru Covid-19 yang kali pertama dikesan di Afrika Selatan.

Sebanyak 12 negara itu dikategorikan sebagai "berisiko" oleh pihak berkuasa India.

Selain Singapura, kategori itu termasuk Britain, Afrika Selatan, Brazil, Bangladesh, Israel dan Hong Kong.

"Penumpang yang berasal atau transit dari negara berisiko akan dimaklumkan oleh syarikat penerbangan bahawa mereka perlu menjalani ujian semasa ketibaan, kuarantin jika diuji negatif, protokol pengasingan ketat jika diuji positif," kata satu kenyataan pemerintah.

Pengembara dari negara berisiko perlu membayar sendiri ujian Covid-19 di lapangan terbang dan menunggu keputusannya.

Mereka yang diuji negatif perlu menjalani kuarantin di rumah selama tujuh hari dan kemudian memantau sendiri selama tujuh hari lagi, selain ujian pada hari kelapan ketibaan.

Sampel kes positif akan dihantar bagi tujuan penjujukan genom untuk mengenal pasti varian.

Sekatan bermula hari ini. Ia dilaksanakan sejurus selepas skim Laluan Perjalanan Bagi Orang Sudah Divaksinasi (VTL) antara India dengan Singapura baru sahaja berkuat kuasa pada petang kelmarin, dengan pesawat khas VTL mendarat di kedua-dua negara.

Di bawah skim VTL, pengembara yang divaksin sepenuhnya dari negara VTL boleh memasuki Singapura tanpa kuarantin dan hanya perlu menjalani ujian Covid-19.

Singapura belum mengesan sebarang kes varian Omicron setakat ini.

Kementerian Kesihatan India pada Ahad lalu mengumumkan sekatan baru berikutan mesyuarat yang dipengerusikan Perdana Menteri, Encik Narendra Modi, untuk mengkaji semula keadaan yang baru muncul, kata kenyataan pemerintah itu.

Garis panduan baru itu dikeluarkan sedang India bergerak ke arah membuka perjalanan antarabangsa. Tetapi pemerintah kini mengkaji semula keputusan untuk memulakan semula penerbangan antarabangsa mulai 15 Disember.

Sementara itu, India menyatakan kesediaannya untuk "segera" menghantar lebih banyak dos vaksin Covid-19 ke Afrika untuk membantu memerangi varian Omicron.

Pengumuman New Delhi kelmarin dibuat selepas China menjanjikan satu bilion dos kepada negara-negara di benua itu. - Reuters.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3