KUALA LUMPUR: Orang ramai berpeluang menyelesaikan saman trafik di Malaysia dengan mendapat diskaun 50 peratus sempena Krismas.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Penolong Pesuruhjaya (ACP) Zulkefly Yahya, berkata acara 'Hari Temui Pelanggan' akan diadakan dari 8.30 pagi hingga 4 petang pada 24 Disember dan 26 Disember.