Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PERHIMPUNAN AGUNG PBB

Pemanasan global: Dua pulau Tuvalu hampir tenggelam

Sep 23, 2022 | 05:30 AM



NEW YORK: Bendera Tuvalu memaparkan sembilan bintang berwarna kuning - satu untuk setiap pulau yang membentuk kepulauan Pasifik, yang didiami sekitar 11,000 orang.



Malah ketika ini, dua daripada pulau itu telah hampir ditenggelami air disebabkan krisis pemanasan global yang telah menyebabkan kerosakan teruk yang tidak boleh diubah dan akan menyebabkan negara itu tidak lagi boleh didiami untuk dekad-dekad mendatang.



Yang dikhuatiri ialah penduduk dipaksa berpindah.



"Ini adalah idea di sebalik Inisiatif Negara Membangun - bagi mengiktiraf negara-negara kita, meskipun telah tenggelam, disebabkan identiti kita," kata Perdana Menteri, Encik Kausea Natano, kepada agensi berita AFP di sisi Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).



Perhimpunan itu menjadi tempat pembuat dasar utama PBB dan mereka bermesyuarat dalam sesi tetap dari September hingga Disember setiap tahun dan sekiranya diperlukan, bagi membincangkan pelbagai isu yang dihadapi dunia.



Dalam pada itu, laporan 'Global Estimates of Modern Slavery' (Anggaran Sedunia tentang Perhambaan Moden) yang mengejutkan daripada Pertubuhan Buruh Antarabangsa PBB, mendapati 50 juta orang hidup dalam perhambaan moden pada 2021 dengan 28 juta daripadanya berada dalam kerja paksa, manakala 22 juta lagi terperangkap dalam perkahwinan paksa.



Tabung Kanak-Kanak PBB (Unicef) juga memberi amaran mengenai penutupan sekolah dan kekurangan akses kepada pembelajaran bermutu ketika pandemik, memburukkan lagi krisis pembelajaran sedia ada, yang akhirnya menyebabkan berjuta-juta kanak-kanak tanpa kemahiran asas membaca dan mengira.



Tahun ini UNGA menghimpunkan 150 ketua negara yang dijangka berucap di pentas PBB.



Penganjuran tahun ini dibayangi dengan konflik Russia-Ukraine yang mencetuskan krisis makanan.



Bertemakan 'A watershed moment: transformative solutions to interlocking challenges' (Satu detik bersejarah: huraian pembaharuan semula bagi cabaran yang saling berkait) pada tahun ini, perbahasan dilakukan secara maya buat kali pertama dengan menampilkan ucapan pra rakaman.



Antara pemimpin dunia yang akan berucap selama kira-kira 20 minit secara bergilir-gilir adalah Presiden Amerika Syarikat, Encik Joe Biden; Presiden Ukraine, Encik Volodymyr Zelensky; dan Perdana Menteri Britain yang baru, Cik Liz Truss. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >