Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pemandu dalam kemalangan di JB akibatkan 8 penunggang basikal terbunuh dibebas dengan ikat jamin

Feb 20, 2017 | 11:14 AM



JOHOR BAHRU - Seorang pemandu kereta yang merempuh sekumpulan penunggang basikal remaja, membunuh lapan daripada mereka dan mencederakan lapan yang lain, telah dibebaskan dengan jamin polis pada Ahad (19 Feb).



Akhbar The Straits Times memetik laporan Bernama bahawa Ketua Polis Johor Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata, wanita berusia 22 tahun itu dibebaskan selepas polis merekodkan kenyataannya mengenai kemalangan itu.



Beliau berkata polis sedang menyiapkan kertas siasatan mengenai kemalangan itu sebelum menyerahkannya kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.



Beliau berkata polis tidak menolak kemungkinan mengambil tindakan terhadap ibu bapa yang membiarkan anak-anak mereka berkeliaran di jalan-jalan selepas tengah malam.



"Ya, tindakan drastik perlu diambil. Kita (polis) telah mengambil tindakan diplomatik pada banyak keadaan, kami menghantar anak-anak mereka ke rumah, memberi mereka nasihat, melakukan segala-galanya, tetapi akhirnya mereka masih menyalahkan polis," katanya.



Polis percaya kejadian itu boleh dielakkan jika pergerakan remaja itu dipantau ibu bapa mereka, kata beliau.



Kemalangan itu berlaku pada 3 pagi Sabtu apabila penunggang-penunggang itu dilanggar sebuah kereta Nissan Almera dipandu oleh seorang wanita di Jalan Lingkaran Dalam.



Ketua Polis Johor Bahru Selatan ACP Sulaiman Salleh berkata, sekumpulan 20 hingga 30 penunggang basikal remaja dipercayai berada di kawasan itu dan mengadang jalan sebelum kemalangan itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >