Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pemandu Grab ditemui meninggal dunia di tempat letak kereta Malaysia

Jun 25, 2018 | 01:51 PM



KUALA LUMPUR: Seorang pemandu Grab yang dipercayai dibunuh ditemui dengan kesan dicekik pada lehernya dalam kereta Perodua Myvi di sebuah tempat letak kereta di Taman Selayang Makmur kelmarin (23 Jun).



Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Tey Kong Seng, berkata mangsa, Allahyarham Aiman Nosri, 27 tahun, ditemui di tempat duduk belakang kereta itu dalam kedudukan yang aneh – bahagian kepala di lantai manakala kakinya di atas – sekitar 8.20 malam.



Pemeriksaan polis mendapati tiada senjata di tempat kejadian itu, katanya semalam.



Hasil siasatan Unit Forensik Ibu Pejabat Kontinjen Polis Selangor, dua telefon bimbit, sepasang kasut dan stokin, sepasang selipar dan baju turut ditemui dalam kereta tersebut, tambahnya.



Berdasarkan rekod, mangsa dipercayai membawa penumpang terakhirnya dari Jalan Tun Tan Cheng Lock ke Selayang Baru sekitar 9.34 malam Khamis lalu. - Agensi berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >