Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pemandu lori nahas 12 kenderaan di Koswe akui tidak salah

Jul 20, 2022 | 05:30 AM



JOHOR BAHRU: Seorang pemandu lori mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Johor Bahru kelmarin, bagi pertuduhan memandu melulu hingga menyebabkan kemalangan di Koswe pada 7 Julai.



Amir Hasan Jalani, 34 tahun, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Cik Zuhainie Zull Kafli.



Mengikut pertuduhan, Amir Hasan didakwa di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman penjara tidak melebihi lima tahun dan denda tidak melebihi RM15,000 ($4,707) jika sabit kesalahan.



Sebanyak 11 kenderaan terlibat dalam kejadian pada 9.25 pagi itu.



Sementara itu di mahkamah sama, syarikat Level Hill Auto Parts Sdn Bhd, menerusi wakilnya, Yap Shee Min, 34 tahun, turut mengaku tidak bersalah bagi pertuduhan melanggar syarat lesen pengendali lori kerana membawa lebih muatan.



Lori yang dipandu Amir Hasan itu didapati membawa muatan seberat 91,240 kilogram, berbanding 41,000 kg yang dibenarkan.



Syarikat itu didakwa mengikut Seksyen 57(1)(vi) Akta Pengangkutan Awam Darat 2010, yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM500,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-dua hukuman jika sabit kesalahan.



Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Cik Hayatul Wirdah Mohd Yunos, manakala Amir Hasan dan syarikat itu diwakili peguam, Encik Bustaman Menon Abdul Hamid Menon.



Cik Hayatul Wirdah memohon ikat jamin ditetapkan RM10,000, manakala bagi syarikat itu pula ikat jamin RM8,000 dipohon.



Encik Bustaman Menon, bagaimanapun, memohon jumlah ikat jamin direndahkan bagi Amir Hasan kerana dia mempunyai empat anak kecil, isterinya seorang suri rumah dan dia mempunyai pendapatan dianggarkan RM1,500.



Cik Zuhainie membenarkan Amir Hasan dan Shee Min masing-masing diikat jamin RM4,000 dan RM3,000 dengan seorang penjamin.



Mahkamah menetapkan 5 September sebagai sebutan semula bagi kedua-dua kes.



Dalam kemalangan itu, lori yang membawa muatan habuk batu itu dipercayai hilang kawalan kerana mengalami kerosakan teknikal di bahagian brek dan merempuh 11 kenderaan di Tambak Johor.



Video kemalangan itu, yang turut melibatkan sembilan kereta, termasuk yang bernombor pendaftaran asing, dan sebuah van serta sebuah bas itu, menjadi tular di laman sosial.



Kemalangan itu tidak menyebabkan kecederaan dan ujian air kencing terhadap pemandu lori itu negatif dadah. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >