Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pemandu Malaysia jadi mangsa buli siber selepas video kemarahannya tersebar

Jul 17, 2014 | 06:12 PM



SEORANG pemandu wanita Malaysia, yang bertukar menjadi samseng jalan raya menyusuli satu kemalangan kecil, mendapati dirinya menjadi mangsa pembulian siber apabila peristiwa itu dimuat naik ke Internet.


Semasa kejadian berlaku, Siti Fairrah Ashykin, yang juga dikenali sebagai Kiki, menjerit, memaki hamun dan secara berulang kali memukul kenderaan pemandu yang melanggarnya dengan alat pengunci stereng.


Kiki mengamuk disebabkan garisan calar yang kecil pada bahagian belakang kereta Peugeot putih, yang didakwa disebabkan oleh pemandu warga emas ketika pemandu itu cuba untuk meninggalkan tempat letak kereta yang sesak.


Kiki juga menuntut pemandu itu membayar wang pampasan RM2,000 ($779) kerana menyebabkan kerosakan kepada kereta barunya.


Tindakan Kiki telah dirakam oleh pemandu-pemandu lain yang berada di tempat kejadian dan terus menjadi viral, dengan komen-komen pedas dilemparkan kepada Kiki.


Sesetengah yang lain sanggup mengesan Kiki dengan menggunakan nombor pendaftaran keretanya dan memalukannya di laman siber.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >