Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pemandu Taiwan diberi ikat jamin selepas 18 terbunuh dalam nahas kereta api

Oct 23, 2018 | 08:02 PM



YILAN, Taiwan: Pemandu kereta api yang tergelincir di Taiwan membunuh 18 orang dan mencederakan 187, diberi ikat jamin hari ini (23 Oktober) selepas ditahan berhubung nahas kereta api terburuk di negara itu sejak 1991.



Pemandu itu, You Zhen-zhong, 48 tahun, diberi ikat jamin T$500,000 ($22,252) selepas dia ditahan bagi siasatan, kata Pentadbiran Kereta Api Taiwan.



You telah dirawat di hospital berikutan nahas Ahad lalu di wilayah Yilan, di kawasan pergunungan di timur laut pulau itu.



Siasatan awal mendapati yang memandu melebihi had laju mungkin punca nahas itu, kata pegawai Agensi Berita Pusat.



Kereta api itu terkeluar daripada landasan di selekoh ketika bergerak pada kelajuan hampir 140 kilometer sejam, di atas had kelajuan 74 kilometer sejam, lapor agensi berita itu, menukil ketua pasukan siasatan Wu Ze-cheng.



Siasatan lanjut diperlukan bagi menentukan punca nahas itu, katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >