Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21

Pembangkang sifatkan Belanjawan M’sia ‘tiada arah tuju jelas’

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

Pembangkang sifatkan Belanjawan M’sia ‘tiada arah tuju jelas’

Nov 07, 2020 | 03:32 PM

KUALA LUMPUR: Anggota Parlimen  (AP) pembangkang Malaysia melahirkan rasa tidak senang terhadap Belanjawan negara yang dibentangkan pentadbiran Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, menyifatkannya sebagai tidak mempunyai arah tuju yang jelas dalam pemulihan ekonomi pospandemik koronavirus.
Tambahan, beberapa tuntutan oleh pihak pembangkang juga gagal dipenuhi dalam Belanjawan itu.
Kritikan itu menimbulkan persoalan sama ada pembangkang akan menyokong Belanjawan yang dibentangkan  Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz itu seperti yang digesa Agong.
Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ramalan pendapatan kerajaan adalah “membimbangkan” dan Belanjawan tersebut tidak mempunyai rancangan kukuh untuk memulihkan ekonomi, malah pelan pemulihan ekonomi kerajaan bernilai RM$322 bilion ($105 bilion) itu adalah satu rancangan yang lemah.
“Belanjawan ini tidak mencerminkan bagaimana kita akan merancakkan semula dan membangun ekonomi, dan ia juga tidak menangani isu pengangguran dan mereka yang kehilangan pekerjaan,” kata Datuk Seri Anwar dalam video yang dimuat naik ke Facebook menyusuli pembentangan Belanjawan 2021 itu.
AP Subang yang juga anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR), Encik Wong Chen, pula menarik perhatian di Twitter bahawa beberapa tuntutan yang dikemukakan Pakatan Harapan (PH) gagal dipenuhi kerajaan. – ST.
 

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3