Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pembantu Azmin bakal disoal polis Isnin ini

Jun 15, 2019 | 05:28 PM



PETALING JAYA: Timbalan ketua belia Pakatan Rakyat (PKR) Hilman Idham akan disoal polis berkaitan video seks yang didakwa melibatkan Menteri Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Haziq Abdullah Abdul Aziz, 27 tahun. 



“Saya akan berikan kenyataan saya di ibu pejabat polis kawasan Sepang Isnin ini pada 10 pagi. 



“Ini berkaitan laporan polis yang saya buat mengenai laporan palsu Haziq Abdullah Abdul Aziz,” katanya kepada media The Star hari ini. 



Jumaat lalu, Encik Hilman telah membuat laporan polis di ibu pejabat polis kawasan Putrajaya dan mendakwa Haziq telah membuat laporan palsu, yang dikatakan satu jenayah. 



Menurut Hilman, Haziq memberitahunya bahawa beliau digunakan untuk menjatuhkan Datuk Azmin. 



Hilman, yang juga setiausaha politik Datuk Azmin, akui telah bertemu Haziq di Restoran Zst di Marriot Putrajaya pada 11 Jun sebelum video tersebut dibocorkan, namun enggan mendedahkan butiran mesyuarat itu. 



Semalam, pengarah CID Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed mengesahkan bahawa Haziq telah diberkas di dewan pelepasan lapangan terbang KLIA di mana beliau dijadualkan untuk menaiki pesawat ke Manila, Filipina. 

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >