Subuh
5:30
Syuruk
6:52
Zuhur
12:55
Asar
4:19
Maghrib
6:56
Isyak
8:10
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pembantu pengarah filem tidak tahu pistol digunakan Baldwin ada peluru

Oct 24, 2021 | 05:30 AM



LOS ANGELES: Pembantu pengarah filem didakwa menyerahkan pistol kepada aktor Alec Baldwin untuk digunakan dalam penggambaran selepas menyangka senjata itu selamat.



Berdasarkan dokumen mahkamah, pembantu pengarah itu, Dave Halls, tidak mengetahui pistol yang digunakan sebagai prop itu mengandungi peluru hidup dan memaklumkan kepada kru bahawa senjata itu kosong.



Seorang daripada kru iaitu pengarah sinematografi, Halyna Hutchins, maut terkena tembakan pada bahagian dada dalam set penggambaran filem 'Rust'.



Pengarah filem tersebut, Joel Souza, yang berada di belakang Hutchins ketika kejadian itu berlaku, mengalami kecederaan.



Pengarah berusia 48 tahun itu dalam keadaan stabil selepas menerima rawatan di hospital.



Sementara itu Alec Baldwin berkata beliau sedih dan kecewa dengan tragedi itu.



Pelakon Amerika Syarikat (AS) menjelaskan bahawa beliau akan memberi kerjasama penuh kepada polis bagi memberikan maklumat bagaimana insiden itu berlaku.



"Tiada kata-kata untuk menzahirkan perasaan sedih dan terkejut berhubung insiden tragik yang meragut nyawa Halyna Hutchins, seorang isteri, ibu dan rakan yang disayangi.



"Hati saya luluh untuk suami, anak yang begitu menyayanginya," katanya menerusi ciapan Twitter.



Kejadian berlaku di lokasi perfileman popular, Bonanza Creek Ranch, South Fe pada 1.50 petang berpunca daripada penggunaan pistol dan peluru replika bagi penggambaran filem berlatarbelakangkan abad ke-19 itu.



Kejadian itu turut mencederakan pengarah filem, Joel Souza, 48 tahun.



Hutchins, 42 tahun diterbangkan ke hospital dengan helikopter namun disahkan meninggal dunia, manakala Souza dikejarkan dengan ambulans ke hospital untuk menerima rawatan.



Souza kemudian dibenarkan keluar selepas rawatan di hospital, menurut maklumat yang dikongsi pelakon Frances Fisher.



"Baldwin sudah disoal siasat detektif. Beliau memberi kenyataan dan menjawab semua soalan.



"Beliau datang menyerah diri dan memberikan keterangan. Tiada pertuduhan difailkan atau tangkapan dibuat," kata jurucakap polis Santa Fe, Encik Juan Rios kepada AFP.



Hutchins pernah dinobatkan sebagai 'American Cinematographer's Rising Stars of 2019', menurut maklumat di laman sesawangnya.



Wanita kelahiran Ukraine itu dibesarkan di pangkalan tentera Soviet di Arctic Circle.



Kementerian Luar Ukraine berkata konsulat jeneral di San Francisco sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa AS dan menghubungi keluarga Hutchins bagi memberi bantuan konsular dan undang-undang yang diperlukan. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >