Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pembatalan ordinan darurat terus jadi isu politik M'sia

Anwar Ibrahim kemuka usul tidak percaya, Ahmad Zahid gesa Muhyiddin undur diri, Pemuda PKR buat laporan polis
Jul 31, 2021 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Tindakan yang diambil kerajaan dalam membatalkan Ordinan Darurat menjadi tumpuan beberapa pemimpin politik di Malaysia semalam.



Terdapat juga gesaan agar mereka yang terlibat 'menderhaka' kepada Yang Di Pertuan Agong (YDPA) dipecat.



Ada yang menganggap Malaysia sedang menuju krisis perlembagaan menyusuli kenyataan yang dikeluarkan Istana Negara dan jawapan balas daripada Pejabat Perdana Menteri (PMO).



Ini merupakan hari kedua desakan meminta Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan Kabinet Perikatan Nasional (PN) meletak jawatan menyusuli kenyataan Pejabat Perdana Menteri (PMO) kelmarin mempertahan keputusan untuk tidak membatalkan ordinan darurat menerusi undian di Parlimen.



Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim juga mengemukakan usul tidak percaya terhadap Tan Sri Muhyiddin sementara Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi menggesa presiden Bersatu itu berundur sebagai perdana menteri.



Gabungan Bertindak Memorandum Rakyat Malaysia (GBMRM) menyenaraikan antara nama disarankan untuk dipecat adalah Tan Sri Muhyiddin dan Timbalan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.



Presiden Amanah Mohamad Sabu berkata kenyataan PMO itu mempamerkan "keangkuhan" dan menuntut Tan Sri Muhyiddin dan seluruh anggota Kabinetnya meletak jawatan serta-merta dan memohon sembah ampun daripada Yang di-Pertuan Agong.



Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR) membuat laporan polis terhadap Perdana Menteri, Menteri Di Jabatan Perdana Men-teri (Undang-undang dan Parlimen) Takiyuddin Hassan dan Peguam Negara Idrus Harun atas penderhakaan kepada Agong.



Tanda pagar #KerajaanDerhaka sohor di Twitter setelah Istana Negara menegur kerajaan Perikatan Nasional dalam mengendalikan pembatalan ordinan darurat.



Hampir 60,000 ciapan di Twitter dibuat menggunakan tanda pagar itu.



Rasa tidak puas hati ini menyusuli kenyataan Datuk Takiyuddin pada Isnin lalu yang memaklumkan di Dewan Rakyat bahawa kabinet kerajaan telah membatalkan Ordinan Darurat berkuat kuasa 21 Julai 2021.



Namun, kelmarin Agong menzahirkan rasa dukacita dengan kenyataan yang dibuat di Parlimen pada Isnin bahawa kerajaan membatalkan semua Ordinan Darurat walhal ia belum lagi diperkenan baginda,



PMO dalam kenyataan balas menjelaskan tindakan diambil kerajaan dalam membatalkan Ordinan Darurat dilaksanakan mengikut peruntukan undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan.



Bekas hakim Mahkamah Persekutuan terkemuka Gopal Sri Ram berkata tandatangan Yang di-Pertuan Agong bagi keputusan Kabinet untuk membatalkan ordinan-ordinan darurat bukanlah perkara penting, dalam apa yang mungkin menjadi jalan keluar Perlembagaan terhadap kebuntuan yang dicetuskan selepas istana menolak untuk memberi perkenan terhadap langkah menamatkan perintah darurat.



Sri Ram berkata jika terjadi keadaan bahawa Agong masih menolak untuk menandatangani dokumen, ia tidak memberi kesan terhadap pengesahan keputusan Kabinet.



Veteran DAP Lim Kit Siang berkata jika Perdana Menteri bersedia untuk berundur, penentuan sama ada beliau masih mempunyai sokongan majoriti Ahli Parlimen harus menjadi aturan pertama dalam sidang khas Parlimen Isnin ini.



Dalam masa yang sama, kenyataan yang memetik Timbalan Perdana Menteri Ismail Sabri sebagai mendakwa 40 Ahli Parlimen BN kekal menyokong kerajaan pimpinan Perdana Menteri Muhyiddin dengan menggunakan logo serta alamat BN, adalah palsu.



"Ibu Pejabat BN menafikan mengenai kewujudan surat yang menggunakan logo dan alamat pejabat parti seperti yang telah tersiar dan 'viral' ketika ini," kata Setiausaha Eksekutif BN, Encik Mohamad Sahfri Ab Aziz.



"Sebarang kenyataan rasmi parti hanya dikeluarkan melalui pengerusi (Ahmad Zahid Hamidi) ataupun setiausaha agung parti (Zambry Abdul Kadir) dan hanya dikeluarkan melalui saluran rasmi komunikasi parti," katanya. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >