Subuh
5:58
Syuruk
7:17
Zuhur
1:20
Asar
4:40
Maghrib
7:22
Isyak
8:33

Pembentukan Kabinet baru ambil sedikit masa, babitkan banyak parti: Anwar

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

SUSULAN PILIHAN RAYA UMUM M’SIA

Pembentukan Kabinet baru ambil sedikit masa, babitkan banyak parti: Anwar

Beberapa nama dikaitkan bagi jawatan utama Kabinet baru termasuk Zahid, Tok Mat dan Fadillah
Nov 30, 2022 | 05:30 AM

PETALING JAYA: Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata pihaknya sedang mendapatkan pandangan semua pihak termasuk parti politik yang membentuk Kerajaan Perpaduan pimpinannya.

Justeru, pembentukan Kabinet baru akan mengambil sedikit masa kerana Kabinet itu juga bakal mempunyai bilangan menteri yang lebih kecil, katanya sambil menekankan beliau tidak mahu pembentukan Kabinet sekadar mengisi kuota.

Beberapa nama sebelum ini telah diketengahkan bagi mengisi jawatan utama Kabinet baru dan ini termasuk Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, dan pemimpin Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Seri Fadillah Yusof, khususnya sebagai timbalan perdana menteri.

Turut disebut-sebut adalah Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan atau lebih dikenali sebagai Tok Mat, untuk mengisi jawatan timbalan perdana menteri itu.

Sehubungan itu, Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan, berharap pucuk pimpinan parti itu dan Barisan Nasional (BN), Datuk Ahmad Zahid dan Datuk Mohamad, harus dipanggil berunding sebelum senarai Kabinet Kerajaan Perpaduan diumumkan.

Katanya, sebelum ini, Datuk Ahmad Zahid tidak dirundingi dalam pembentukan dua Kabinet lalu.

Pada masa yang sama, dalam kalangan Umno sendiri pendirian mereka agak berpecah - ada yang berpendapat Datuk Ahmad Zahid dilantik sebagai timbalan perdana menteri dengan ada pula mahukan Datuk Mohamad.

Sementara itu, sumber dalaman GPS menyatakan sejak pengumuman Pakatan Harapan (PH) dan BN untuk melantik timbalan perdana menteri dari Sarawak dan Sabah sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lalu, nama Datuk Fadillah adalah yang pertama disebut pucuk pimpinan gabungan itu bagi mengisi jawatan berkenaan.

Pengalaman luas Datuk Fadillah dalam Kabinet Persekutuan sebelum ini menjadikan Ahli Parlimen Petra Jaya itu calon tunggal dari Sarawak.

Namun, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Encik Nik Nazmi Nik Ahmad, berkata adalah lebih baik untuk tidak melantik individu yang mempunyai kes mahkamah berterusan untuk menganggotai Kabinet supaya tiada sebarang isu bakal berbangkit.

"Saya rasa situasi terbaik dan ideal adalah untuk tidak meletakkan mereka (yang ada kes mahkamah) dalam Kabinet kerana saya berasa ini isu yang sering ditekankan oleh rakyat sejak Pilihan Raya Umum PRU 2018 dan kali ini ialah rasuah.

"Mungkin ada kes mahkamah yang sedang berjalan, tetapi bagi saya definisi (Kabinet) sepatutnya bersih sebersihnya daripada sebarang tuduhan apabila diamanahkan memegang jawatan itu," ujarnya.

Namun, Datuk Anwar kemudian menegaskan mana-mana individu hanya didapati bersalah apabila selesai dijatuhi hukuman.

Beliau yang juga Pengerusi PH berkata demikian ketika ditanya berhubung desakan pelbagai pihak yang tidak mahu mana-mana pemimpin politik mempunyai kes mahkamah termasuk Datuk Ahmad Zahid, dilantik dalam Kabinetnya.

"Pandangan semua, kita ambil kira. Ia dalam perbincangan tetapi seperti mana yang kita tahu dari segi undang-undang hanya setelah ada hukuman (didapati bersalah).

"Yang lain itu kita akan beri pertimbangan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Presiden PH, kelmarin.

Mengenai bila Kabinet baru itu akan dibentuk, Datuk Anwar berkata:

"Sesegera mungkin seperti mana saya sebut, tidak seperti biasa. Namun sebelum membuat keputusan, saya mesti dengar semua pandangan dan kemudian masalahnya, kerana Kabinet dikecilkan.

"Kalau dulu masuk saja, 50, 60, 70 (jumlah menteri) okay... tak cukup lagi (walaupun jumlah ramai, lantik pula) duta khas, penasihat khas...Saya tidak sanggup berbuat begitu," katanya. - Agensi berita, BHM.

 

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3