Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pembentukan Masyarakat Ekonomi Asean 2015 tawar pelbagai peluang untuk S'pura

CHAIRUL FAHMY HUSSAINI
Nov 13, 2014 | 08:53 PM



PEMBENTUKAN Masyarakat Ekonomi Asean mulai akhir tahun depan akan membuka lebih banyak peluang untuk Singapura.


Baik dari segi pelaburan, perdagangan, eksport untuk syarikat-syarikat setempat, perhubungan lebih baik bagi firma-firma tempatan di negara-negara Asean dan juga laluan hubungan lebih baik, misalnya laluan udara dan pengangkutan yang lebih baik.


Demikian pandangan Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, apabila ditanya wartawan di akhir sidang puncak Asean malam tadi tentang manfaat yang boleh diraih republik ini apabila terbentuknya Masyarakat Ekonomi Asean pada akhir tahun depan.


"Saya fikir kita telah menyelesaikan 80 hingga 85 peratus isu-isu yang ada dan 20 peratus selebihnya belum terlaksana dan ia lebih tertumpu kepada perkara-perkara lebih sukar, halangan bukan tarif, perkhidmatan, contohnya," jelas beliau.


Untuk setahun mendatang kata perdana menteri, adalah untuk memberi tumpuan menyelesaikan seberapa banyak perkara yang boleh.


"Sebenarnya, Disember 2015 bukanlah berakhirnya matlamat Asean.


"Ia satu kemuncak perjalanan, kita harus mencapai seberapa banyak yang boleh, dan selebihnya kita melakarkan satu agenda selanjutnya untuk membawa Asean ke langkah selanjutnya," kata beliau lagi.


Menurutnya, isu-isu yang dikenalpasti akan ditangani dalam beberapa bulan mendatang.


"Malaysia akan mengambil-alih sebagai pengerusi Asean jadi Malaysia akan melakukannya, dan saya fikir mereka akan membentuk satu pasukan bertindak yang melibatkan kita (Singapura) dan negara-negara Asean lainnya untuk memutuskan matlamat Asean selanjutnya," kata Encik Lee.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >