DOUMA: Pemberontak Syria kelmarin berkata mereka bersetuju mengosongkan sebuah bandar yang dibom dengan teruk di Ghouta Timur, iaitu persetujuan pertama sejak serangan udara ke atas wilayah itu oleh tentera rejim.
Sementara itu, di wilayah Idlib, barat laut Syria, serangan udara berhampiran sebuah sekolah di bandar Kfar Batikh membunuh 20 orang awam, termasuk 16 kanak-kanak, menurut Badan Pemantau Hak Asasi Manusia Syria.