Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

MENJELANG PILIHAN RAYA MALAYSIA

Pembubaran Parlimen Malaysia bawa kemelut susulan

Oct 13, 2022 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Tentangan terhadap pembubaran Parlimen Malaysia oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, yang membuka laluan bagi pilihan raya umum ke-15 (PRU15) telah membawa kepada beberapa perkembangan lain.



Ini termasuk tindakan seorang anggota parlimen (AP) pembangkang membawa kes pembubaran itu ke mahkamah.



Selain itu, beberapa pemimpin Perikatan Nasional (PN), khususnya Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), melahirkan rasa tidak puas hati terhadap kenyataan Datuk Ismail Sabri kelmarin yang menganggap tindakan 12 menteri PN yang menghantar surat kepada Yang di-Pertuan Agong sebagai tidak wajar dan telah mengikis semangat perpaduan dalam pentadbiran kerajaan pimpinannya.



Beliau juga mengaitkan pembubaran Parlimen itu pada surat yang diberikan kepada Agong itu.



Dalam perkembangan baru, mantan AP Klang, Encik Charles Santiago, telah menfailkan saman pemula terhadap Datuk Ismail Sabri, kerajaan Malaysia dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) susulan pembubaran Parlimen itu.



Beliau memohon perintah mahkamah untuk menghentikan PRU15 daripada diadakan tahun ini, walaupun Parlimen telah pun dibubarkan.



Beliau menjelaskan mengambil laluan mahkamah itu untuk mengelakkan satu lagi bencana yang mungkin berlaku, sambil mengingatkan bahawa kawasan Klang adalah salah satu tempat paling teruk dilanda banjir monsun Disember 2021.



"Saya telah memfailkan injunksi untuk menghentikan pilihan raya kerana musim hujan dan banjir akan datang," kata ahli politik Parti Tindakan Demokratik (DAP) itu di Facebooknya.



Saman itu difailkan kelmarin di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur dan dijadual didengar pada 20 Oktober ini.



Sementara itu, pemimpin PN yang juga Menteri Luar Malaysia, Datuk Seri Saifuddin Abdullah, berkata tindakan perdana menteri itu membubarkan Parlimen tidak lain adalah berpunca daripada tekanan Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.



Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin, pula menyifatkan tindakan Datuk Ismail Sabri menyalahkan beliau dan 12 menteri PN sebagai punca diadakan PRU15 sebagai tidak bertanggungjawab.



Beliau menambah, perdana menteri tidak sepatutnya menyalahkan sesiapa berhubung perkara itu, sebaliknya perlu bertanggungjawab terhadap apa yang sudah dilakukan. - BHM, Malay Mail.



Laporan lanjut:






Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >