Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pembukaan semula Bali tertunda kerana peningkatan jumlah kes Covid-19

Jun 29, 2021 | 08:39 PM



JAKARTA: Pemerintah Indonesia perlu menanti hingga bilangan kes Covid-19 merosot banyak sebelum membuka semula Bali bagi pelancong asing, jelas menteri parawisata negara ini dalam satu wawancara bersama agensi berita Reuters.



Pandemik koronavirus ini menggugat ekonomi Bali yang sejak berdekad lamanya bak memiliki tarikan semberani buat pelancong yang ingin bercuti di pantai yang menakjubkan, menikmati kehidupan malam yang penuh warna-warni dan mengamati budaya Hindu yang menyerlah.



"Kami mensasarkan hingga penghujung Julai atau permulaan Ogos, tetapi kami perlu peka dengan kenaikan mendadak kes koronavirus baru-baru ini. Kami akan menanti hingga situasi menjadi lebih sesuai," jelas Menteri Parawisata dan Ekonomi Kreatif, Encik Sandiaga Uno pada Isnin (28 Jun).



Jangkitan koronavirus di Indonesia meningkat sejak beberapa minggu lalu termasuk di Bali di mana bilangannya bertambah empat kali ganda sepanjang sebulan, daripada jumlah yang rendah kepada 200 kes sehari, mengikut data rasmi.



Encik Uno berkata beliau mahu kes harian di Bali turun hingga 30 atau 40 sehari sebelum membukanya kembali.



Bilangan jangkitan sebenar di Bali dikatakan ditutupi kadar ujian yang rendah di mana ia hanya mencatat 15 peratus daripada jumlah minimum yang disarankan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), jelas data yang dikeluarkan badan kesihatan global itu.



Pemerintah Indonesia memberi keutamaan buat Bali menjalankan vaksinasi dan dapat melihat hasil yang menggalakkan awal-awal lagi kerana mereka yang dijangkiti hanya menunjukkan tanda jangkitan kecil-kecilan sahaja, kata Encik Uno.



Sedang kadar tampungan katil hospital mencecah 100 peratus di kebanyakan bahagian kepulauan Jawa yang sarat penduduk, beliau berkata kadarnya di bawah 50 peratus di Bali.



Sekitar 71 peratus penduduk Bali sudah menerima suntikan pertama dengan sasaran suntikan penuh sebanyak 70 peratus penduduk boleh dicapai menjelang penghujung Julai, tambah Encik Uno lagi.



Pengembara domestik ke Bali kini diperlukan menjalani ujian reaksi rantaian polymerase bagi Covid-19 sebelum memasuki pulau ini, langkah yang diambil bagi melindungi kawasan pulau daripada pandemik.



Selain pelancong tradisional, Bali berharap dapat menarik pengembara dalam kalangan nomad digital atau mereka yang memerlukan teknologi bagi kelangsungan hidup atau usahawan antarabangsa yang mengendalikan syarikat berpangkalan Internet. Mereka akan diberi visa lima tahun di bawah skim yang diusulkan.



"Jika mereka meraih pendapatan di dalam lingkungan Indonesia, mereka akan dicukai tetapi jika ia datang hanya dari pendapatan luar negara, mereka diberi cukai sifar," jelas Encik Uno. - Reuters



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >