MUHAMMAD ALI MENINGGAL DUNIA
Pemergian Ali turut dirasakan di Singapura
Mantan AP, tokoh sukan setempat singkap kenangan manis dengan Allahyarham
Jun 06, 2016 | 05:30 AM
PEMERGIAN legenda tinju dunia, Muhammad Ali - antara ikon terhebat sepanjang kurun ke-20 ini - turut dirasakan di serata dunia termasuk di kalangan peminatnya di Singapura.
Ali, yang masyhur dengan gelaran 'The Greatest', meninggal dunia pada usia 74 tahun di Phoenix, Arizona, kelmarin.