Pemeriksaan lebit ketat Covid-19 ke atas pengunjung luar negeri mungkin dihenti, Berita Dunia - BeritaHarian.sg
Subuh
5:36
Syuruk
7:00
Zuhur
1:07
Asar
4:32
Maghrib
7:12
Isyak
8:27

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Perkataan Melayu

Betul!

Salah!

Teka Kata

=
Uji pengetahuan anda dalam Perkataan Melayu
Betul!
Salah!
Well done! You got:
/5
Words Right
Dunia3

BERITA KORONAVIRUS -AMERIKA SYARIKAT

Pemeriksaan lebit ketat Covid-19 ke atas pengunjung luar negeri mungkin dihenti

Sep 11, 2020 | 05:30 AM

WASHINGTON: Pemerintah Amerika Syarikat bercadang menghentikan pemeriksaan Covid-19 lebih ketat ke atas penumpang antarabangsa.

Ia juga berhasrat menggugurkan syarat bahawa pelancong yang datang dari sebilangan negara khusus diarah pergi ke 15 lapangan terbang Amerika yang ditentukan, demikian menurut pegawai awam Amerika dan syarikat penerbangan serta dokumen pemerintah yang dilihat Reuters.

Perubahan itu dijadual dilaksana seawal Isnin ini, menurut draf rancangan yang dilihat Reuters tetapi langkah itu masih boleh ditunda, kata pegawai Amerika.

Pihak berkuasa Amerika pada Februari lalu melaksanakan pemeriksaan lebih ketat ke atas pengunjung yang pernah ke China, Britain, Brazil, Iran dan wilayah Schengen di Eropah, dan melarang kebanyakan warga bukan Amerika yang berada di negara tersebut daripada datang ke Amerika.

Dokumen yang dilihat Reuters mengatakan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika "sedang mengubah strategi dan mengutamakan langkah kesihatan awam lain untuk mengurangkan risiko penularan penyakit yang berkaitan dengan perjalanan".

Dokumen itu melaporkan daripada 675,000 penumpang yang diperiksa di 15 lapangan terbang itu, "kurang 15 telah dikenal pasti dijangkiti Covid-19".

Jurucakap CDC tidak segera memberi komen.

"Strategi kemasukan sekarang ini bagi ketibaan pengunjung antarabangsa hanya meliputi sebahagian kecil mereka yang lakukan perjalanan, memerlukan sumber besar dan tidak dapat dikekalkan, seiring dengan peningkatan jumlah perjalanan," lapor dokumen itu.

Kumpulan pengunjung itu, dengan jumlah kira-kira 6,750 sehari pada akhir Ogos, perlu menjalani pemeriksaan visual, pengambilan suhu badan dan membuat pengisytiharan perjalanan yang lengkap.

Sesiapa yang menunjukkan gejala penyakit atau kemungkinan ada risiko jangkitan dirujuk bagi penilaian kesihatan awam.

Pada bulan lalu, Reuters melaporkan bahawa usaha pentadbiran Trump untuk mewajibkan syarikat penerbangan mengumpul maklumat penjejakan kontak daripada penumpang antarabangsa yang datang ke Amerika telah terhenti, menukil lima orang yang diberi penerangan mengenai perkara itu.

Perbincangan antara pegawai syarikat penerbangan dengan pentadbiran Trump telah berlangsung selama berbulan-bulan mengenai usaha CDC untuk mewajibkan pengumpulan dan pelaporan maklumat penumpang yang datang ke Amerika dari destinasi luar negara.

Pentadbiran Trump juga menimbangkan langkah memeriksa suhu badan bagi semua penumpang penerbangan di Amerika dan menggunakan pelitup di lapangan terbang Amerika, tetapi memilih untuk tidak melaksanakan langkah itu. - Reuters.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Perkataan Melayu

Betul!

Salah!

Teka Kata

=
Uji pengetahuan anda dalam Perkataan Melayu
Betul!
Salah!
Well done! You got:
/5
Words Right
Try the new Halal Food Map